Friday, March 25, 2011

Not Official.

Salam bertemu kembali. Sorry lama tak update. Al maklumla bilik yang aku duduk sekarang tak dapat wireless. Yela... Duk hujung dunia. Tula.. dulu ex-roomate pernah ajak duk sama tak nak. Padan muka kann. Tapi, aku tak kisah. Sebab semua tu pengalaman bagi diri aku. Dengar orang karaoke pon pengalaman jugak kan? Haha.


Sebenarnya, aku masih dalam mood kepenatan dan kepeningan. Tapi, aku gagahkan juga untuk update blog. Tak nak bagi berhabuk kan. But actually, blog aku ni tak official lagi. Cehh. Macam apa je. Bukanla, maksud aku buat masa sekarang aku hanya ada sorang reader je. Tapi dia pon busy. Aku memang mengharapkan juga kawan-kawan aku boleh baca blog aku. And diaorang pon ada tanya kenapa aku tak kembali berblogging. Jawapannya, aku senyum je. Hehe. Tunggula satu masa nanti aku mesti tunjuk kat diaorang juga. Satu masa tu bila ye? Haha. Belum pasti lagi.


Btw, aku takkan cerita hari-hari aku lalui untuk sem baru di post ini. Mungkin untuk post akan datang.


p/s : rindu sangat dengan budak-budak bilik dulu. =)





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Sunday, March 20, 2011

Permulaan Yang Baru.

Sedar tak sedar dah nak masuk sem yang ketiga.. dan hampir setahun lebih aku bergelar pelajar universiti. Huhh.. bukan mengeluh sebab apa. Rasa penat pulak mengemas barang-barang yang perlu dibawa pulang. Tapi, disebabkan dah lama tak update blog ni..rasanya perlu pula. Sebab tu kan azam aku. Untuk istiqamah dalam penulisan ini.


 Untuk sem ni, aku tak lagi duduk satu bilik dengan kawan-kawan sem yang lepas. Kuantiti dah dikurangkan. Dalam 4 orang. Rasa? Aku sendiri tak pasti.. sebab ni kali pertama aku merasai. Belum lagi rasa tapi akan merasai. Hehe


Pagi tadi aku bangun agak awal.. bagi menyiapkan barang-barang untuk dibawa pulang. As usual, aku akan menghantar barang-barang aku ke sana dan aku sendiri aku pulang ke rumah. Haha. Untung rumah dekat kan.. Kalau dekat kelantan, tak ada siapa la nak layan permintaan aku yang tak masuk akal ni.


Ada suatu peristiwa menarik time aku mendaftar untuk mendapatkan kunci bilik. Aku puas tercari-cari nama di papan kenyataan. Nama-nama tersebut ditampal mengikut course masing-masing. Dan sudah semestinya aku mencari di bahagian course aku. Tapi.. tak jumpa! Dan dengan usaha abang aku pun nama aku tidak dijumpai. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk terus bertanya kepada petugas yang menjaga kunci-kunci tersebut. Dipendekkan cerita, rupanya nama aku termasuk dalam course lain. Agak kelakar di situ. Time cakap dengan petugas tu pon, petugas tu macam tak percaya je dengan course yang aku ambil. Tapi, tak apa la.. semua ni pengalaman untuk diri aku. Risau juga kalau tak ada nama. Pendatang haramla jawabnya. Hehe


Dan petang ni.. aku kena balik walaupun hakikatnya aku tahu yang kelas tidak akan bermula esok. Masakan mula esok? Result exam yang ditunggu pun belum keluar. Bukan aku tidak sabar.. Dan aku juga telah redha untuk mengambil semua kelas yang ada. Hehe.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Tuesday, March 15, 2011

Serik

Jarum pendek menunjukkan nombor satu dan jarum panjang menunjukkan nombor lima belas. Bererti aku sedang menulis untuk blog aku. Bukan 1:15 petang tapi pagi... Hehe. Tak terasa pula nak mengatur mata. Mungkin petang tadi dah banyak sangat aku tidur.


Serik? Haha. Actually, bukanlah serius apa sangat pun. Hari ni aku saja berjalan-jalan dengan kawan sekolah lama. Hadaf utama aku nak jumpa diaorang. Tak kisah pon sebenarnya nak jumpa kat mana. At first, fikir nak pergi kajang. Tapi, last-last buat perhitungan pergi the mines.


As usual, kalau keluar dengan kawan-kawan... sudah semestinya bowling menjadi urusan utama. Haaa... tu yang paling aku serik. Sebenarnya dari dulu lagi dah berazam tak nak main bowling. Tapi, bila fikir-fikir balik kesian pula dengan kawan-kawan aku yang lain. Nanti buat spoilt pula. Tapi... tadi memang dah bertekad kot itu yang terakhir... melainkan kalau orang belanja. Hehe. Kedekut dah start..


Dan one more thing yang aku serik.. terasa memang serik yang amat sangat. Tapi, biar aku simpan sahaja ye. Hanya aku dan Dia yang tahu. Dan korang... doakan je yang terbaik untuk aku. Semoga semua yang berlaku hari ini ada hikmahNya yang tersendiri. Hakikatnya, aku rasa seronok sangat dengan pertemuan kali ini. Mungkin rasa nikmatkan.. Lama dah tak jumpa. Bila dapat bersua pipi, perasaan rindu dah terlepas. Dan aku berharap aku boleh berjalan tapi bukan dengan cara macam ni lagi.



p/s : Sorry untuk post kali ini yang mungkin penuh dengan tanda tanya. Doakan yang terbaik untuk diriku.Tiba-tiba rindu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menasihat aku. Perlukan mereka.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Sunday, March 13, 2011

Senibina dan Tenaga.

Ada something yang best yang aku rasa perlu untuk berkongsi dengan semua. Ini pun hasil perkongsian rakan aku. Dan kalau boleh panjangkanlah perkongsian ni ye. Mungkin ada setengah yang pernah dengar ...dan mungkin juga pernah baca atau lihat di mana-mana.





Double click pada video untuk maximize.


Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

I don't want to be frust again.

Manusia ni selalu hidup dalam kekecewaankan? Kalau ada kebahagiaan mesti ada kekecewaan. Kalau nak mencapai kejayaan mesti perlu menghadapi kekecewaan dahulu. Dan dalam setiap apa pun kita mesti perlu menempuh kekecewaan dahulu kan. Aku percaya semua pon mesti pernah hadapi saat-saat kecewa kan?


Rasionalnya, kita sebagai umat Islam perlu bijak menangani semua ni kan. Kalau aku sendiri... aku percaya yang setiap benda berlaku tu mesti ada hikmah yang tersendiri kan? Tapi... memang certain orang ada cakap.. cakap benda tu memang senang. Tapi bila dah jadi kat diri sendiri. Yup, exactly! Itulah beza kita dengan orang lain. Kalau orang lain ambil jalan menghadapi kecewa dengan cara bunuh diri, takkan kita pun perlu sama dengan mereka?


Dan... yang penting sekali, kita perlu belajar. Bukan belajar mengira, membaca dan menghafal. Tapi belajar untuk belajar dari pengalaman. Fuhhh. Tak ada la sastera mana pun kan ayat tu? Harap semua dapat faham. Haha. Natijahnya, insyaAllah kita tidak akan kecewa untuk perkara yang sama lagi.


Pokoknya.. Tepuk dada tanya iman.



Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Satu Persoalan.

Teringat pula zaman dulu-dulu. Aku pernah buat title ni dalam blog lama aku. Pasal menonton wayang. Alhamdulillah. Terjawab persoalan aku selama ni. Untuk persoalan yang bermain di fikiran aku buat masa sekarang.. Boleh ke ye untuk kita sebagai umat Islam bermain alat-alat muzik selagi tak melalaikan? Pernah juga tanya kat beberapa orang kawan. Dan antara feedback nya.. Dia persoalkan kembali kepada ku ada ke hadis yang mengharamkan kita untuk bermain alat-alat muzik. Betul juga kan? Aku sendiri memang tak pernah tahu pasal ni.



 

Comelnya! Sejak bila pula minat kucing ni.. Musykil-musykil.


Dulu aku pernah belajar untuk bermain alat muzik ni. Memang menarik sangat. Sempat belajar tiga lagu je. Happy Birthday, Zikr, dan Twinkle-twinkle little star. Haha. Macam lagu budak-budak je kan? Sesuai sangatla untuk beginner macam aku ni. By the way, sekarang aku dah stop dah. Sebab tak berkesempatan dan aku pon masih belum mendapat jawapan untuk persoalan aku lagi. InsyaAllah, kalo ada kesempatan dan persoalan aku dah terjawab, aku akan teruskan belajar benda ni. Muzik memang bagus. Tapi kena bijak untuk menggunakannya.So... sesiapa yang ada pendapat... Bolehla ye kongsi-kongsi. Sharing is caring kan?





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Saturday, March 12, 2011

Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor


Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai nanti genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya  masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

IFF dan ISLAM

Datin Seri yang dihormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA

Datin Seri keluar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!


p/s : sumber dari internet. Seriously, agak terkejut bila baca benda ni. But at the same time, rasa bangga. Sebab ada anak muda yang berani untuk bersuara. =)

Friday, March 11, 2011

Remaja atau Dewasa?

Ohh. Lamanya dah tak update blog. Sorry ye semua. Cehh. Macamla ramai reader blog. Sorang je pon setakat ni. Hehe. Special tu. Appreciate sikit tau dengan cara selalu-selalulah ziarah blog ana ni ye. Haha. Lama tak update.. sebab pergi ziarah gombak for a week. Waa... Lamanya la ziarah kan? Huhu. Rasanya ni kali last kot pergi gombak before masuk situ. Susah pula kalo pergi situ nanti. Ramai orang kenal. Hehe.


Btw, title aku kali ni nampak lebih santai kan.. tapi actually, aku rasa memang sangat tertekan dengan benda ni sejak akhir-akhir ni. Aku rasa memang jauh sangat perbezaan antara remaja dan dewasa. Apa pendapat korang ye? Rasa-rasa la kita semua di peringkat mana ye? Kalo aku.. mestilah remaja! Hehe.


Yup! Memangla sekarang zaman remaja kan? Tapi tahun-tahun akan datang aku dan sesiapa la remaja sekarang ni pasti akan menempuh kedewasaannya kan? Bagi aku remaja dan dewasa besar perbezaannya. Kehidupan remaja lebih kepada nak berseronok, enjoy dan sebagainya la kan... tapi  kalo dah sampai tahap dewasa, more to serious. Kadang-kadang ada je segelintir kawan aku yang memang matang pemikiran. Dah boleh untuk berfikir pasal politik. Tapi aku selalu fikir yang aku belum mampu untuk berfikir sejauh tu.

Aku sendiri pon tak faham kenapa la aku susah sangat nak terima bab-bab macam tu.. Political. Mungkin tahap pemikiran aku masih lemah kan? Nak cakap budak-budak pon macam tak. Semua cakap muka matured. Matured ke? Hehe. Tapi setiap kali baca atau bincang pasal politik yang mengambil masa yang agak panjang aku akan mengeluh. Dan seterusnya pening. Hmm...rumit ke masalah ni?


Tapi tu dulu.Alhamdulillah.. Sekarang aku boleh terima benda tu. Cuma aku perlukan masa untuk semua itu. Aku ada pendirian aku sendiri kenapa aku tak terima perkara tu. Perkara tu wajib aku rahsiakan kerana atas perjanjian. Tapi aku dah memasang azam untuk lakukan perkara itu. Tapi mungkin bukan semasa masih bergelar pelajar lagi. Sedih... kerana tiada siapa yang faham pendirianku ini. It takes for a few days to recover my pain. Tapi...alhamdulillah. Kerana aku merasai Dia yang sentiasa memahamiku walaupun semua yang Dia ciptakan tidak memahami pendirian aku. Ala bizikrillahhi tadmainnul qulub.  =)


Doakan aku agar istiqamah dengan cara aku tersendiri untuk mendalami perkara ini. Untuk sahabat aku yang tak penat untuk berkongsi maklumat dan pendapat dengan aku pasal ni... syukran. Mungkin dia memahami aku untuk perkara ini. Sorry untuk post kali ini yang agak cerca merba.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Saturday, March 5, 2011

Sebiru Hari Ini.

Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hari kita bersama disini

Seindah hari ini
Indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita walau kita kan berpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan berpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita sebiru hari ini..





Actually, tengah teringatkan seseorang. Yang mungkin dekat jarak dengan aku tapi semakin menjauh. Haha. Pelikkan? Adakah dia pon teringatkan aku seperti aku teringatkan dia? Only He knows.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Yang Tua Dihormati.


Haa.. Mesti pelikkan awal-awal post dah ada smiley. Seronok pulak rasa. So..nak letak big smiley ni la. Bolehkan? Hehe. Bukan apa.. Sepanjang dua minggu bercuti ni.. rasa macam bosan pula bila duduk rumah. Bukanlah tak bersyukur dapat cuti.. cuma rasa tension pon ada. Duduk rumah bukan boleh buat apa-apa. Pagi orang pergi kerja, kita duk takut kat dalam rumah sorang-sorang. Ala bizikrillahi tadmainnul qulub. Yup, tepat sekali! Surah al-Mulk menjadi pendinding diriku. Alhamdulillah...


Yang rasa seronoknya.. minggu ni ada teman. Kebetulan mak long datang ke rumahku pada rabu lepas. And pulang semula hari sabtu semalam. Best! Sebab rasa tak bosan. Ada teman nak berbual. Ada teman nak memasak. Ada teman nak makan. Ada teman nak bergurau senda. Ada teman nak... segala macam la. Yang lebih seronoknya, dia banyak berkongsi pengalaman tentang pengalaman hidupnya. Dan aku hargai semua itu. Bagi aku, perkongsiannya itu ibarat satu kepercayaan kepadaku.

Ya! Pernah suatu ketika dulu aku pernah terasa hati padanya dalam tempoh yang sedang, tidak terlalu lama dan tidak pula terlalu sekejap. Dan setiap kali bila dikhabarkan untuk balik ke kampung aku akan berfikir tentang dia. Dia memang seorang yang tegas bagiku. Sering memberi teguran pedas kepadaku. Aku akui... darah ketika masih muda. Siapa yang boleh tahan?


Tapi...itu semua dulu. Dia sekarang berbeza dengan dia yang aku kenal dahulu. Dia sekarang boleh menjadi teman untuk aku bercerita, bergurau senda, dan macam-macam la.. Dia yang sering berkongsi pengalamannya, dia yang tidak kenal erti penat, dia yang sering memuji masakanku walaupun rasanya yang tidak seberapa, dia yang bukan seperti dahulu lagi.


Aku pernah terfikir.. Kenapa berlaku perubahan macam ni ye? Hmm... Konklusi dari fikiranku, kerana aku sendiri telah berubah. Berubah dari segi umur dan mungkin kematangan... dan mungkin juga pemikiran? Kerana itu juga lah dia berubah. Mungkin suatu ketika dahulu, dia tegas untuk mengajar serta mendidikku. Bila terimbas kembali, aku rasa bersyukur. Kerana dia mengambil berat kepadaku. Umur dah tinggi, fikiran pun boleh rasionalkan?


Dan aku berdoa semoga dia sentiasa mendapat perlindungan dari Allah daripada segala musuh.
Rindu pada mak long. Hopefully, dapat spend masa macam ni lagi dengan dia. InsyaAllah.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Tuesday, March 1, 2011

Password Doa.

Assalamualaikum semua! Salam bertemu kembali dalam rancangan... err. hehe. Tak tau rancangan apa. =)
Saja je buat gimik untuk mukaddimah. Btw, ada something yang interesting nak share. Nak tahu tak... Tadi tengok cerita Halaqah. Dapat something yang bermakna. Password doa. Menarik kan tajuk tu? Hmm.. Kadang-kadang kita dah tahu cuma kita tak sedarkan?  Hmm.. Ustaz yang bagi ceramah ni pon best. Pandai buat lawak. Pandai tarik hati remaja. Yela...orang nak berdakwah zaman sekarang ni kena bijak kan? Bijak menyesuaikan diri dengan semua jenis orang.


Interesting info :


Password doa..

Y2K = Yakin ( dengan 2 perkara )


Yakin = Yakin yang Allah dengar doa kita.
             Yakin yang Allah makbulkan doa kita.

2 K    = Khusyuk
             Khuduk  

Macam mana nak khusyuk dan khuduk ni ye? Keyword dia... FAHAM.
Yup.. faham memang elemen paling utama. Macam mana nak khusyuk kan kalau tak faham? Aku akui... aku sendiri pon ada juga yang tak faham apa doa yang aku baca... sebab dalam bahasa arab kan. Tula orang cakap, better baca doa dalam bahasa melayu. Tapi, untuk orang macam aku dan sesiapa yang nak improve bahasa arab dia, okla baca doa dalam bahasa arab. Cuma kita kena faham doa apa yang kita baca, supaya khusyuk dan khuduk tu boleh datang kan? InsyaAllah. Renung-renungkan dan selamat beramal!




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.