Friday, April 22, 2011

15 Sebab Turun Bala.

Memandangkn laptop aku masih dikuarantin, aku kena la berhijrah dari laptop ke laptop. Tapi.. hijrah tu baguskan? Memang bagus! Natijahnya.. Hari ni ada something yang aku nak share. Thanks to abang. Banyak juga tazkirah dalam laptop dia. And sejak semalam aku dah minat untuk dengar ceramah online; Ustaz Azhar Idrus. InsyaAllah, i will post about it later. Credit to my brother.



15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:


1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu pemimpin kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu 
tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Ingredient in the Recipe of Life.

Kehidupankan.. Orang kata hidup ibarat roda. Kadang-kadang kat atas dan kadang-kadang kat bawah. Dan ada jugak yang kata hidup ni ibarat oreo. Pahit di luar tapi manis di dalam. Tapi bagi aku... hidup tu penuh dengan ujian. Suka or duka tu..both of them ujian bagi aku.

Kenapa ntah post kali ni macam sayu je kan. Kadang-kadang pernah juga terfikir kenapa ujian ni tak habis-habis kan.. Sentiasa datang.. Tanpa kita sedar atau di luar sedar. Tanpa kita pinta... Hmm, macam-macam kan.. Tapi, Dia memang maha adil. Timpakan ujian yang kita mampu untuk hadapinya..


Actually, tadi berbual-bual dengan kawan aku tadi. Dia ada masalah pasal kawan. See? Even dah besar panjang pon, masalah pasal kawan-kawan pun still ada lagi? Dulu time sekolah bolehla kan. Teringat lak memang masalah kawan ni la masalah utama aku dulu. Orang sana berebut orang sini berebut la.. Huhu. Dah besar ni,lain pula cite nya.. Terasa sana, terasa sini. Time sekolah dulu,aku akan merajuk dan menjauhkan diri dari mereka-mereka yang aku terasa hati dengan dia. Tapi, sekarang boleh fikir kot. Tak ada la nak merajuk sangat. Tapi,aku akan cuba minta maaf sama ada salah aku atau tak.. Yela,kadang-kadang kita tak sedar kita salah kan... Tapi seriously,lepas minta maaf akan terasa gap dia kot.


Dulu time bergelar pelajar sekolah, pernah juga terfikir macam mana rasanya kalau hidup tanpa kawan kan? Al maklumla.. penat melayan perasaan kawan-kawan ni. Yang sorang ni terasa la, yang sana kata sombong. Dah besar pun still macam tu jugak tapi versi lain sikit kot. Huhu. Tapi,aku percaya semua tu ada hikmahNya. Dan apa yang mampu aku nasihatkan pada kawan aku tu, " Be patient.. everything will be ok ". Yup! Sabar adalah elemen paling penting buat masa ni.



Dan di kesempatan ini.. aku nak minta maaf secara rasmi dan tidak rasmi kepada sesiapa yang aku pernah buat dia terasa hati. Bukan apa, sejak dulu lagi.. aku rasa memang aku ni sentiasa buat orang sakit hati. Sakit hati, menyampah, terasa hati and macam-macam lagi la. Ye, salah aku. Kerana aku tak boleh puaskan hati semua orang. Dan mungkin juga kerana sikap aku yang terlalu sensitif ini. Maafkan aku atas kekhilafan diriku. Jujur, aku memang bukan sahabat yang terbaik. InsyaAllah aku cuba untuk jadi yang terbaik. Terima kasih untuk mereka yang pernah bergelar sahabatku.







Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Saturday, April 16, 2011

Kemaafan + Dari Jauh

Semangatnya nak post banyak. Actually,hari ini memang banyak sangat masa yang aku spend untuk tengok blog-blog orang. Suka tengok perjalanan hidup orang lain. Kadang-kadang kalau pergi keluar jalan-jalan, aku suka duduk at one side and perhatikan gelagat-gelagat orang ramai. Opss.. bukan cuci mata ye. Cuma tengok gelagat dan ragam mereka.


Tengok je dah berjam. Lepas tu update aku punya pula dah berapa lama ye. Huhu. Takpe. Aku qada' kan balik. Alamatnya malam ni tidur pukul dua la. Best jugak kan stay up ni eh.


By the way, berkenaan dengan post aku sebelum ni... I strongly agree with that article. Yela.. orang kata, nak berubah tu bukan mudah kan? Perlu dibayar dengan cara mungkin ujian... Tiba-tiba aku terfikir macam mana la kawan aku nanti kan lepas dia bawak perubahan dia tu? Terkejut.. Penerimaan orang.. positif or negatif? Apapun..aku tetap akan sokong dia!


Emm... disebabkan blog aku ni dah rasmi. Aku minta maafla kepada sesiapa yang mungkin aku pernah sakitkan hati dia... or mungkin lukakan hati.. or ada buat dia terasa.. or apa-apa jela yang tak puas hati. Sesungguhnya aku pun manusia yang lemah. Jangan dendam ye. Face to face kalau ada apa-apa. Haha.


p/s : Just ignore my title above. Seriously, tak tahu nak letak title apa. And doakan aku untuk mid term next week. Syukran.  =)











Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah


Friday, April 15, 2011

Syadidkah Aku?

Hmm... Sejak masuk alam remaja ni kalimah ni seringkali keluar dari bibirku. Kadang-kadang aku rasa aku seperti orang lain juga. Yang ingin untuk  menjaga semampu mana aku mampu untuk menjaganya. Tapi, orang-orang di sekeliling aku sendiri yang membuat aku mula terfikir apakah aku ini syadid dalam konteks zaman yang serba moden ni. Atau mungkin kolot?

Tapi aku tak salahkan orang-orang yang berada di sekeliling aku. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Dan aku sendiri ada pandangan,pendirian dan prinsip aku. Dan alhamdulillah... Kerana semua tu la aku masih berdiri atas diri aku sendiri. Tahu kenapa aku perlu tinggalkan sesuatu perkara tu.. dan tahu kenapa aku perlu menjauhi sesuatu. Alhamdulillah. Terus terang, aku bukan jenis yang mudah untuk mengikut seseorang dalam menentukan sesuatu perkara yang besar.


Hmm... Macam pelik pula post kali ni. Macam-macam perkara sangat yang aku nak cerita. Actually,aku bukan nak bercerita pasal kehidupan seharian aku. Yela..orang baca pun naik boring. Just nak tengok pendapat or mungkin pandangan orang lain. Even orang kata kalau nak buat sesuatu tu tak payah fikirkan pandangan or cakap-cakap orang tapi bagi aku perlu.. but for the certain thing la. Of course! Kita hidup bermasyarakat dan lebih-lebih lagi atas nama Islam.


Sebagai contoh, macam mana ikhtilat kita dengan bukan mahram? Kadang-kadang aku pun naik confused. Yang ni kata tak apa... Yang tu kata memang langsung tak boleh. Last-last semua sesat. Tapi, alhamdulillah la. Sempat dengar talk dari kakak senior pasal tajuk ni. Dan alhamdulillah...aku semakin yakin untuk pegang dengan pendirian aku. Antara yang dihighlightkan dalam talk pasal ikhtilat ni.. Kalau kamu rasa kamu mampu untuk menjaga hati kamu, so just go on...' . Tapi aku tambah sikit dengan teori aku. Kalau kamu rasa kamu mampu untuk menjaga hati kamu dan pihak di sebelah sana, so just go on...


Memang ada je segelintir orang cakap-cakap orang yang nak menjaga ni kolot. Tunduk pandangan. Nanti terlanggar tiang laa, or fikir cantik sangat ke ada orang nak tengok dan macam-macam lagi la. Nak buat macam mana kan? Dunia sekarang dah makin mencabar. Kalau semua pun boleh menjaga mata dengan sebaik mungkin, mungkin tak ada lah kami perlu tunduk dengan setunduk mungkin kan? Tapi ada ke lagi yang masih menjaga sampai tahap macam tu?


Ye, aku akui. Tiba satu saat tu pasti aku dan yang lain perlu berhadapan dengan kaum-kaum adam. Even waktu belajar ni pun perlu berhadapan dengan mereka. Cuma alhamdulillah...tak adalah banyak dan dalam tempoh masa yang panjang. Mungkin time dah kerja lebih advanced kan. Dan aku sendiri tak tahu apa rasanya. Tapi...apa yang penting tumpukan untuk yang sekarang.


Dan alhamdulillah... semalam aku diberi kesempatan untuk membaca artikel-artikel dari roomate aku. Ada jugak yang menyentuh pasal pergaulan ni. Dan konklusi yang aku dapat buat, zaman sekarang ni dah terlalu banyak benda yang bertopeng. Couple 'islamik'? Gerak kerja yang 'islamik'? Macam-macam kan? Hakikatnya... kita sendiri dapat bezakan kan?


Aku menulis bukan kerana aku nak menghina or perli sesiapa. Tapi dalam masa yang sama itu pun peringatan untuk diri aku sendiri. Aku juga manusia yang nisyan. Andai aku tersalah jalan, bimbinglah aku juga.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Perubahan dan Anjakan Paradigma.




Waa... Topik macam gempak je kan? Tapi isinya wallahua'lam la kan. Cuba sedaya mana dan sebaik mungkin. Actually, rasa macam-macam benda nak cerita dalam ni. Idea mencurah-curah ke ladang gandum. Eh, macam hiperbola la plak. Hehe. Perubahan..?? Perubahan tu subjektif kan? Boleh jadi.. perubahan positif atau mungkin perubahan negatif. Tapi... anjakan paradigma ni more to positive kan? Kalau tak salah aku laa. Kalau salah betulkanlah ye.

Dan alhamdulillah... for this week, aku dapat berita yang bagi aku sangat menggembirakan hati aku. Perubahan secara fizikal tu memang aku tak nampak lagi... but at least ada niat. Dan itu yang paling penting. Perubahan mental tu mungkin dah berlaku. But quite slowly la. Takpe la..janji perubahan dan anjakan paradigma tu ada kan?



Nak tahu ke apa yang akan berubah dan apa pulak yang akan teranjak paradigma nya tu? Kalau boleh aku share kan... Mana tau sedikit sebanyak bawak manfaat untuk sesiapa yang baca. Alhamdulillah...orang yang rapat dengan aku untuk semester kali ini a.k.a classmate aku sendiri yang ingin membuat perubahan. Malah, perubahan yang aku rasa amat besar. Terkejut juga masa mula-mula dia cakap. Time stay up malam semalam.. duk ngantuk-ngantuk.. fikiran tak fokus. tapi mulut bergerak jugakla. Berbual-bual kosong. Tiba-tiba dia menyatakan keinginannya. Of course terkejut. Mata terus jadi bulat. Ngantuk pun hilang. Terus aku pegang tangan dia. Sambil dia cerita pasal keinginan dia.


Actually, dia dah pernah terfikir nak lakukan perubahan ni since time sekolah lagi. Tapi memikirkan personaliti dan peribadi tak selari, terus dia letak keinginannya di tepi. Alasannya, takut akan membawa imej yang buruk especially orang-orang yang bertudung labuh kepada masyarakat di luar sana. Walhal, aku berpendapat perubahan macam tu la yang patut kite lakukan untuk pengislahan diri kita sendiri. Sedikit sebanyak kita akan improve diri kita. Nasihat aku pada dia... jangan berubah terlalu drastik. Berubah sikit-sikit. Takut perubahan tu tidak akan kekal lama. Of course take time. Bagi masa pada diri kita untuk terima perubahan tu. And the most important thing is know why we need to change? InsyaAllah perubahan tu akan kekal dalam diri kita.


Time dia duk tengah cite tu.. Ada jugak dia cakap thanks kat aku. Sebab aku banyak mengubah dia. Ubah? Hmm...aku selalu pesan kat orang and yang paling latest dia la. Jangan berubah disebabkan orang lain. Mungkin dia boleh jadi inspirasi kita. Tapi kita jangan terlalu bergantung harap pada orang tu. Bayangkanlah...kalau orang tu sesat. Takkan kita pun nak ikut sesat gak? Sebab tu la pentingnya makna perubahan tu atas diri kita sendiri. Cerita bedasarkan pengalaman sendiri. And bagi aku tu la pengalaman hitam untuk diri aku. Terus-terang aku bukan orang yang lahir-lahir terus jadi baik...solehah. Dalam aku mencari semua tu, ujian masih datang bertimpa-timpa. Aku perlu lalui zaman kegelapan even orang cakap tak adalah gelap sangat. Tapi,aku percaya masing-masing ada masa kegelapan masing-masing, macam mana baik sekalipun la kan? Dan aku bersyukur sebab aku sudah lalui semua tu dari dulu. He knows...


Minta maaf untuk sesiapa yang ada terasa hati. Tak terniat di hati pun untuk menyakit hati sesiapa.



Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Sunday, April 10, 2011

Just a few Hours.

Alhamdulillah. Selesai jugak akhirnya kuiz. Tapi next two week dah ada mid term pula. Btw, syukurlah juga sebab tarikh dia pon dah postponed sebenarnya. Kalau tak mid term dah start esok. Gempaknya la short sem ni kan.


Minta maafla atas kelewatan update blog ni. Kadang-kadang memang aku rasa nak update blog ni selalu. Merajinkan diri untuk turun ke court bawah dan update blog. Bukan aku tak istiqamah, tapi seriously memang rasa macam tak berkesempatan sangat-sangat. And another point sebab aku jarang update sebab bilik tak dapat line. Jadi, alasan diterimakan?


Actually, nak cerita satu benda. Semalam keluar dengan kawan. Memang dah plan nak keluar tapi tak berkesempatan. Haha. Dari tadi word ni je kan? Nak buat macam mana.. Urusan saya lebih banyak dari perdana menteri. Hehe.  Semalam pergi KLCC. Cuba teka pergi mana? Of course la MIHAS. MIHAS is stand for Malaysia International Halal Showcase. So exciting untuk orang yang pertama kali. Memang best sangat.


Kita dapat mengenal makanan-makanan dari negara luar and malaysia sendiri. Dan yang paling penting... semuanya HALAL! Boleh makan tanpa ragu-ragu. Tapi aku agak kecewa sebenarnya... sebab untuk kali ni aku rasa memang agak lain sikit la. Untuk negara luar dia dah tak bagi rasa. Rasa rugi kot.. Huhu. Tapi tak apalah, maybe diaorang ada reason tersendiri kan? Dan aku sebagai pelawat terima jelah.


Tengah-tengah mata melilau tengok booth yang ada, sekali terpandang seseorang yang rasa dikenali. Tapi tengah sibuk melayan customer. I just stare at her for a few second and at last dia sedar. Terus dia jerit. Hehe. Seronok jugak kan jumpa kawan lama. Dia dah agak berubah. Look more matured. Tapi perangai sama macam dulu kot. Hehe.


Hasil yang aku dapat tak banyak pon. Sebab memang dah plan tak nak spend duit banyak kat sana. Just cuci mata dan dapatkan pengalaman. Tu yang penting. Adalah dapat minuman arab yang semakin terkenal mutakhir ini. Barbican. And 3 botol air yang agak unik dari singapore. Dua botol dah kena ambil dengan budakbudak kecil yang nakal. Sedihnya laa.. And other things.. Hotdog ready to eat, and etc. Panjang pula nak cite satu-satu.


Kenapa ye tajuk aku macam ni? Sebab frust sikit kot. Dapat berjalan hanya beberapa jam. Dahla agak susah untuk berjalan dengan dia. It's okla. InsyaAllah ada masa kite keluar lagi ye.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

Sunday, April 3, 2011

Random.

Hmm... Aku start menulis baru fikir tajukla. Tak ada idea pula. Sorry lama tak update. Untuk short semester ni memang jarang akan update blog ni ye. Hishh... Tak istiqamah ni. Hmm,untuk post kali ini aku tak ada idea la. Sebenarnya ingat tak nak update blog ni tapi memandangkan ada sikit lagi masa ni.. bolehla meluangkan masa untuk mencoret sesuatu.


Minggu ini minggu yang agak meletihkan. Dan minggu ni juga minggu yang selalu sakit. Minggu sakit perut dan minggu sakit kepala. Huhu. Ujian kan... Dan next week aku akan betul-betul menerima ujian secara zahirnya. Hehe. Takla... Minggu depan insyaAllah aku ada kuiz. Doakan ye.


Tadi duduk tengok mak aku online.. Dia buka official page sorang ustazah ni. Aku tengah tak ada mood nak kupas banyak pasal ustazah ni. Tapi cara dia makin lama makin teruk juga. Putar belitkan hukum Allah dan putar belitkan nas-nas. Astaghfirullah.


Okla... InsyaAllah kala aku ada masa lapang.. aku akan betul-betul update blog aku ye.

To Khairun Nabilah : Ana mutaassifah tak dapat keluar dengan anti. InsyaAllah kita akan spend time for the next time k. Syukran kerana memahami.  =)





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.