Friday, April 15, 2011

Syadidkah Aku?

Hmm... Sejak masuk alam remaja ni kalimah ni seringkali keluar dari bibirku. Kadang-kadang aku rasa aku seperti orang lain juga. Yang ingin untuk  menjaga semampu mana aku mampu untuk menjaganya. Tapi, orang-orang di sekeliling aku sendiri yang membuat aku mula terfikir apakah aku ini syadid dalam konteks zaman yang serba moden ni. Atau mungkin kolot?

Tapi aku tak salahkan orang-orang yang berada di sekeliling aku. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Dan aku sendiri ada pandangan,pendirian dan prinsip aku. Dan alhamdulillah... Kerana semua tu la aku masih berdiri atas diri aku sendiri. Tahu kenapa aku perlu tinggalkan sesuatu perkara tu.. dan tahu kenapa aku perlu menjauhi sesuatu. Alhamdulillah. Terus terang, aku bukan jenis yang mudah untuk mengikut seseorang dalam menentukan sesuatu perkara yang besar.


Hmm... Macam pelik pula post kali ni. Macam-macam perkara sangat yang aku nak cerita. Actually,aku bukan nak bercerita pasal kehidupan seharian aku. Yela..orang baca pun naik boring. Just nak tengok pendapat or mungkin pandangan orang lain. Even orang kata kalau nak buat sesuatu tu tak payah fikirkan pandangan or cakap-cakap orang tapi bagi aku perlu.. but for the certain thing la. Of course! Kita hidup bermasyarakat dan lebih-lebih lagi atas nama Islam.


Sebagai contoh, macam mana ikhtilat kita dengan bukan mahram? Kadang-kadang aku pun naik confused. Yang ni kata tak apa... Yang tu kata memang langsung tak boleh. Last-last semua sesat. Tapi, alhamdulillah la. Sempat dengar talk dari kakak senior pasal tajuk ni. Dan alhamdulillah...aku semakin yakin untuk pegang dengan pendirian aku. Antara yang dihighlightkan dalam talk pasal ikhtilat ni.. Kalau kamu rasa kamu mampu untuk menjaga hati kamu, so just go on...' . Tapi aku tambah sikit dengan teori aku. Kalau kamu rasa kamu mampu untuk menjaga hati kamu dan pihak di sebelah sana, so just go on...


Memang ada je segelintir orang cakap-cakap orang yang nak menjaga ni kolot. Tunduk pandangan. Nanti terlanggar tiang laa, or fikir cantik sangat ke ada orang nak tengok dan macam-macam lagi la. Nak buat macam mana kan? Dunia sekarang dah makin mencabar. Kalau semua pun boleh menjaga mata dengan sebaik mungkin, mungkin tak ada lah kami perlu tunduk dengan setunduk mungkin kan? Tapi ada ke lagi yang masih menjaga sampai tahap macam tu?


Ye, aku akui. Tiba satu saat tu pasti aku dan yang lain perlu berhadapan dengan kaum-kaum adam. Even waktu belajar ni pun perlu berhadapan dengan mereka. Cuma alhamdulillah...tak adalah banyak dan dalam tempoh masa yang panjang. Mungkin time dah kerja lebih advanced kan. Dan aku sendiri tak tahu apa rasanya. Tapi...apa yang penting tumpukan untuk yang sekarang.


Dan alhamdulillah... semalam aku diberi kesempatan untuk membaca artikel-artikel dari roomate aku. Ada jugak yang menyentuh pasal pergaulan ni. Dan konklusi yang aku dapat buat, zaman sekarang ni dah terlalu banyak benda yang bertopeng. Couple 'islamik'? Gerak kerja yang 'islamik'? Macam-macam kan? Hakikatnya... kita sendiri dapat bezakan kan?


Aku menulis bukan kerana aku nak menghina or perli sesiapa. Tapi dalam masa yang sama itu pun peringatan untuk diri aku sendiri. Aku juga manusia yang nisyan. Andai aku tersalah jalan, bimbinglah aku juga.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

No comments:

Post a Comment