Friday, June 3, 2011

Formula Solat Sempurna

Teringin nak solat sempurna? Seperti solatnya rasul. Saranan aku untuk panduan yang berguna dan kelas gitu adalah buku Formula Solat Sempurna yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Aku tak adalah khatamkan dari kulit ke kulit dan menghadamkan setiap patah kata yang termaktub dalam buku itu.. Tapi, bagi aku buku tu sangatlah bagus. Mudah difahami untuk dipraktikkan.


Buku Formula Solat Sempurna : Ust Zaharuddin Abd. Rahman


Tertarik dengan satu bab dalam buku ni yang aku kira menarik untuk dikongsikan bersama. Meletakkan penghadang di hadapan orang solat. Bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang bersolat supaya lebih khusyuk serta membezakan orang yang bersolat dengan orang yang di luar solat supaya tidak diganggu dengan unsur luar.


Dalilnya :

Sabda Nabi s.a.w ;

Mafhumnya.. "Apabila seseorang kamu ingin bersolat, maka hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Jika tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapanmu".


Konklusi : Meletakkan penghadang ini adalah salah satu sunah nabi dan wajar untuk diikuti oleh umatnya walaupun tidak sampai tahap wajib menurut sebahagian ulama'.


Ayuh kita sempurnakan solat seperti Rasulullah!



Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Wednesday, June 1, 2011

Belum Bersedia



وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ    

 An- Nuur : 31
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan  pandangannya”.

Terfikir untuk post pasal ni sebab kadang-kadang orang pelik tengok aku. Ye.. macam dalam post yang lepas. Ramai yang cakap aku ni terlalu syadid. Syadid di mana aku tak pasti.  



Aku bukan anti atau takut. Cuma belum bersedia. Untuk berkomunikasi dengan mereka yang berlainan jantina. Ye! Benda tu memang memerlukan masa. Dulu aku selalu ragu dengan prinsip aku. Mungkin salah diri sendiri dan mungkin juga disebabkan persekitaran. Sejak sekolah menengah dulu aku memang cuba menjaga perkara-perkara begini sehingga ada beberapa junior yang datang dan bertanyakan satu soalan. Nafsu dan perasaan. Adakah aku langsung tidak punya perasaan terhadap mereka itu? Jawapan yang mudah. Itukan fitrah. Semua pun mesti ada macam mana syadid sekali pun. Cuma kena pandai kawal.


Dan bila menjejakkan kaki di universiti, agak terkejut. Tapi still bersyukur sebab masih ada lagi biah yang solehah. Teringat satu talk yang pernah aku hadiri tentang ikhtilat. Mungkin aku pernah bicarakan di post yang lepas. Pesan kakak tu. Ikhtilat ni mudah je. Kalau kita rasa kita dah mampu nak jaga hati just go on dengan pergaulan kita yang sedia ada tapi kalau  tak senang hati dan tak mampu lagi baik berjaga-jaga. For sure, ramai yang masih belum lagi mampu kan?


Bukan aku tak pernah cuba. Tapi ternyata aku masih belum punya kekuatan lagi. Bila ada yang bertanyakan khabar, hatiku rasa lemah. Rasa macam ada sesuatu kesalahan yang aku lakukan. Alhamdulillah. Dia masih sayangkan aku. Aku masih dijaga seperti itu. Bukan anti atau takut. Cuma masih dikuarantinkan semua itu. InsyaAllah, tiba satu saat aku akan berhadapan dengan mereka semua. Sampai satu masa kekuatan aku telah tiba. Doakan aku.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah