وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
An- Nuur : 31
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya”.
Aku bukan anti atau takut. Cuma belum bersedia. Untuk berkomunikasi dengan mereka yang berlainan jantina. Ye! Benda tu memang memerlukan masa. Dulu aku selalu ragu dengan prinsip aku. Mungkin salah diri sendiri dan mungkin juga disebabkan persekitaran. Sejak sekolah menengah dulu aku memang cuba menjaga perkara-perkara begini sehingga ada beberapa junior yang datang dan bertanyakan satu soalan. Nafsu dan perasaan. Adakah aku langsung tidak punya perasaan terhadap mereka itu? Jawapan yang mudah. Itukan fitrah. Semua pun mesti ada macam mana syadid sekali pun. Cuma kena pandai kawal.
Dan bila menjejakkan kaki di universiti, agak terkejut. Tapi still bersyukur sebab masih ada lagi biah yang solehah. Teringat satu talk yang pernah aku hadiri tentang ikhtilat. Mungkin aku pernah bicarakan di post yang lepas. Pesan kakak tu. Ikhtilat ni mudah je. Kalau kita rasa kita dah mampu nak jaga hati just go on dengan pergaulan kita yang sedia ada tapi kalau tak senang hati dan tak mampu lagi baik berjaga-jaga. For sure, ramai yang masih belum lagi mampu kan?
Bukan aku tak pernah cuba. Tapi ternyata aku masih belum punya kekuatan lagi. Bila ada yang bertanyakan khabar, hatiku rasa lemah. Rasa macam ada sesuatu kesalahan yang aku lakukan. Alhamdulillah. Dia masih sayangkan aku. Aku masih dijaga seperti itu. Bukan anti atau takut. Cuma masih dikuarantinkan semua itu. InsyaAllah, tiba satu saat aku akan berhadapan dengan mereka semua. Sampai satu masa kekuatan aku telah tiba. Doakan aku.
Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

No comments:
Post a Comment