Tuesday, May 31, 2011

Benarkah Teori Bila Kata Harga Tak Naik, Maknanya Akan Naik?

Ramai orang kata, bila pemerintah sekarang kata atau berjanji harga tak naik.. Maknanya ia akan naik harga. Kita uji sejauh mana benar atau tidaknya teori ini dengan janji pak menteri tak mahu menaikkan harga RON95. Kita tunggu dan lihat, naik atau tidak?



Siakap senohong gelama ikan duri * Bercakap bohong lama-lama jadi menteri


Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG


PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama. [BERNAMA]

Sumber : Al-Ahkam.net


walaupun tak ada lesen lagi tapi aku masih memahami hati pemandu-pemandu di luar sana. Dan aku sendiri sebagai rakyat dan pengguna yang masih berakal terasa diperguna serta diperkotak-katikkan. Anda sendiri bagaimana?


Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

No comments:

Post a Comment