Tengah hari tadi aku try masak ayam black pepper. Boleh tahan rasa dia. Rupa je yang tak boleh tahan. Tapi ok apa.. Orang kata pandang dalaman tu kan. Hehe. Hmm, sedar tak sedar dah pon penghujung bulan februari. That's mean bulan mac akan tiba. Dan aku pula harus pulang ke tempat yang dirindui... Cehh. Yela tu.
Hmm.... Lately, aku rasa macam penat. Penat bermain dengan perasaan aku sekarang. Kadang-kadang kena lawan perasaan tu, sampai bila tak penat boleh jadi penat, celik boleh jadi ngantuk dan sebagainya la kan... Ni penyakit apa ye? Kalau mengikut teori aku... ni penyakit TRAUMA. Haha. Abang pernah cakap... tak habis-habis dengan trauma dia. Biasa la... perempuan kan. Abang tu kan laki. Berbalik kepada cerita aku tadi... macam mana aku boleh trauma ye? Hmm... tu kena la tunggu dulu. InsyaAllah ada masa aku cite k.
Hari khamis lepas abang aku accident. Tapi alhamdulillah dia takde pape. Kereta je teruk. Tapi takpe la. Nyawa lagi pentingkan? Geram pula bila fikir-fikir balik pasal accident tu. Rasanya ni lebih kurang cam sindiket la. Lori yang langgar kereta dia tu yang tarik kereta dia. Dan gunakan insurans dia. Even abang aku takyah bayar apa-apa, tapi macam terukla kan? Langgar orang semata-mata nak buat bisnes. Alhamdulillah la langgar abang.. kalo langgar kakak aku yang first, memang dah kena maki hamun la. Silap-silap kakak aku langgar balik lori tu. Haha.
Okla... Setakat ni jela menceceh dulu. Nak pergi siap-siap dulu. Malam ni ada benda baik punya nak buat. Nantikanlah next post k. Salam sayang semua.
Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.
No comments:
Post a Comment