Tuesday, February 22, 2011

Hidup Berdikari

Hmm.. Lepas habis SPM aku decide nak masuk form 6 kat Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting. Menarik. Sebab aku akan terus jadi budak sekolah yang masih memakai uniform. Dan masih perlu beratur untuk membeli makanan di kantin. Dan... apa yang plaing penting.. apa yang membezakan kehidupan aku sebagai pelajar tingkatan enam menengah atas adalah aku ter'paksa' duduk di rumah sewa.

Kenapa eh aku cakap ter'paksa'? Sebab aku dah isi borang untuk masuk asrama.. tapi at last tak dapat gak. Geram sangat masa dia announce tu. Sebab pelajar yang duduk dekat dan rasanya takat kemampuan dia sama macam aku dapat je masuk asrama. Tapi wallahua'lam la mcm mana cara diaorang isi borang. Sebab ada je yang mengaku diaorang tipu gaji parents diaorang. At first, terfikir gak nak buat macam tu. Tapi, parents aku selalu nasihatkan aku jangan buat macam tu. Takut kita belajar nanti tak dapat keberkatan.

Tapi, alhamdulillah. Aku tau... Semua aturan Dia pasti ada hikmahNya yang tersendiri. Duduk di rumah sewa ni banyak mengajar aku. Bab berdikari tu memang no satu la. Of course la kan.. Kena memasak sendiri, basuh kain dah tentu-tentulah kena basuh pakai tangan. Sejak bila pulak student kaya nak beli washing machine kan. Hehe. Pendek kata, semua kena buat sendiri la. Dan pengalaman yang baru dan tak akan aku lupakan adalah pengalaman naik bas! First time naik bas macam tu. Kena campur dengan orang awam. Tengok gelagat pelbagai jenis orang. Huhu.




Gambaran rumah sewa aku di Banting. 
Jadilah tempat untuk kami semua berteduh.



Satu benda lagi yang paling tak boleh menahan adalah rumah aku tu agak dhaif. Satu hal atap rumah kami dah bocor. Agak sedihla sebab bila nak mengadu kat tuan rumah mesti tak dapat. Kadang-kadang bila hujan time malam tu terpercik air hujan kat kami time tengah tidur. Sedih kan? Bahagian dapur pon sama... Kadang-kadang bertakung air tu. Tapi, apapon...aku bersyukur sangat dapat pengalaman macam tu. Dapat merasai saat-saat kesusahan yang tak pernah ditimpa oleh kita sebelum ini. Natijahnya, kita akan lebih appreciate kehidupan kita and things around us sekarang kan..

Kalau nak diikutkan.. banyak sangat pengalaman aku sepanjang aku duduk rumah sewa ni even aku hanya duduk di situ for a few month je. InsyaAllah, aku akan cita kan pengalaman aku pada masa akan datang.



Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah.

No comments:

Post a Comment