Saturday, August 20, 2011

Dua Nikmat Itu

Alhamdulillah... Hari ini rasa segar sekali. Berbeza dengan hari-hari lain. Baru hari ini aku dapat bangun malam. Kesal sangat dalam hati semalam aku tak terjaga. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya. Pagi tadi dalam pukul 3 lebih aku terjaga. Seingat aku alarm setting dalam pukul 4.30 pagi. Tapi, alhamdulillah. Aku digerakkan kerana Dia. Dia yang selalu menjaga diriku. Aku bersyukur sangat-sangat.


Usai solat, aku duduk berteleku di atas sejadahku sambil bermuhasabah diri hingga mengalir air mataku.. Betapa banyaknya nikmat yang Dia kurniakan untukku tanpa aku sedari. Aku bukan sahaja dapat menyambut satu ramadhan tapi hampir hingga ke 10 ramadhan aku masih dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang muslimah. Dan pagi ini juga aku digerakkan. Bersyukur juga kerana ada sahabat yang ingin menggerakkan aku. Terharu.


Sedih rasanya bila memikirkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ramadhan akan melabuhkan tirai. Rasanya baru semalam 'dia' datang kepadaku. Rasa bahagia itu sudah pasti. Perasaan aneh yang sukar ditafsir itu hadir dalam diri.  Tapi aku harus belajar menerima. Setiap yang datang itu pasti akan pergi, setiap yang baru itu pasti akan binasa dan setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan.



p/s : Dua hari lepas, aku berpeluang mendengar ceramah secara life yang disampaikan oleh Ustazah Nor
       Bahyah. Cantik susunan kata. Menjadi halwa telinga diriku.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Night of Qadr



Mafhum :


Verily, We have sent it down in the Night of Al-Qadr


And what will make you know what the Night of Al-Qadr is?



The Night of Al-Qadr is better than a thousand months.


Therein descend the angels and the Ruh by their Lord's permission with every matter.


There is peace until the appearance of dawn.   


( 1-5 : سورة القدر )

Friday, August 12, 2011

Al- Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali berkata dalam Lata'if al-Ma'arif : Seorang mukmin menghadapi dua jihad pada bulan Ramadhan. Jihad puasa di siang hari dan jihad qiyam (solat dan baca quran) di malam hari.


Jom kita bersedia untuk berjihad!

Bahasa Syurga

Memandangkan aku pelajar yang mengambil jurusan bahasa, terdetik dalam hatiku untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku ada. Sharing is caring kan?


Satu contoh; Ilmu Sorf Sorf ni boleh diibaratkan ilmu matematik juga tau. Dan mungkin juga boleh dianggap subject additional mathematic.. subject yang dianggap killer.  Tapi tu mungkin untuk sub topic yang agak advanced sedikit. Sama dari segi pertukaran dan pergantian. Ada kalimah-kalimah yang perlu diganti dan ditukar seperti x dan y.


Bila aku mendalami sedikit demi sedikit ilmu bahasa arab, aku dapat merasai kehebatan bahasa arab tu sendiri. Unik dan menarik.Unik dari segi persamaan; ilmu Sorf boleh diibaratkan seperti matematik, manakala ilmu arudh qafiah boleh diibaratkan seperti belajar muzik. Menarik pula kerana bahasa yang sudah lama bertapak di bumi dan diguna pakai para anbiya' . Dan bila kita sendiri belajar bahasa arab, bila baca quran sedikit sebanyak kita dapat faham maksud ayat-ayat yang nak disampaikan.


Tapi, risikonya tak kurang hebat. Sejak ambil course ni, rasa macam dah jadi kaunter pertanyaan. Segala macam pasal bahasa arab tanya kat diri aku. Bukan apa, rasa ilmu tu belum cukup tinggi. Senipis kulit bawang je. Kadang-kadang soalan bab-bab agama pun ramai tanya. InsyaAllah, selagi mana aku mampu, aku akan tolong.



- Post yang memujuk hati. Kadang-kadang rasa confused dengan pilihan sendiri. Tapi, percayalah dengan
   janji Dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Berdoa dan bertawakal, itulah yang terbaik. InsyaAllah.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah
أُعدّتْ الرّاحةُ الكبرى لِمَنْ تَعِبَ

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Kali Ini!

Bahagia rasanya akan kehadiran bulan ini. Bulan yang penuh barakah,mawaddah dan rahmah. Bagi aku, setiap tahun perasaan itu berbeza sekali. Untuk ramadhan kali ini aku persiapkan diriku dengan pelbagai senjata. Senjata yang aku kira insyaAllah mampu untuk aku bertempur di medan perang nanti, insyaAllah. Senjata yang aku maksudkan adalah quran, buku-buku, dan bahan-bahan internet.


Alhamdulillah, Dia yang telah memakbulkan doaku ini. Alhamdulillah aku dapat menyambut satu ramadhan dengan penuh bahagia sekali. Dan hingga saat ini aku masih dapat meneruskan ramadhanku. Moga aku dan kamu semua terus mendapat zukk ramadhan ini. Aminn..


Usai aku solat terawih semalam, aku duduk di satu tempat untuk aku meneruskan pembacaan kalamNya. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kecil yang lari termengah-mengah sambil berkata..  "Akak.. Dia kacau saya.. " . Aku termangu seketika. Tidak tahu untuk membalas apa. Lantas yang terluncur dari mulutku.. "Ohh.. iye? Kenapa dia kacau adik.. " . Dan selepas aku melayannya sempat aku selitkan sedikit nasihat. "Adik, janganlah lari-lari ye. Ni masjid.. Orang nak solat. Tak baik tau.. Meh duduk dengan akak kat sini " . Terus dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Hanya beberapa minit sahaja dia bertahan dengan nasihatku, tidak lama kemudian dia terus berlari bersama dengan rakannya yang lain. Anehnya, lepas penat berlari, dia masih menjadikan aku sebagai tempat persinggahannya.


Itulah kanak-kanak. Yang aku kira banyak 'short term memory' nya. Aku juga pernah menjadi seperti itu. Konklusi dari pengalamanku ini, aku cuma berharap ibu bapa lebih peka dalam mengawasi anak-anak mereka Sewaktu aku memberi nasihat semalam, takut-takut juga kalau-kalau dia mengadu pada ibu bapanya. Yelah, masing-masing berbeza cara didikannya. Dalam umur yang sebegini, orang tua lah yang memainkan peranan penting dalam mendidik ana-anak mereka. Teringat satu teguran secara tidak langsung yang aku dengar dari masjid berdekatan dengan jamiahku. "Anak-anak ni kita kena jaga.. tegur. Walaupun dibawa ke masjid bukan alasan untuk membebaskan anak-anak. Memang kita nak mendidik anak untuk pergi ke masjid, tapi didik dengan cara yang betul. Tegur mereka!" .


Kalau nak berbahas soal didikan ini aku kira terlalu panjang. Dan aku berharap suatu ketika bila aku sudah menjadi ibu kelak, aku bukan sebahagian dari yang itu. Mendidik dan menegur itu perlu.



P/S : Dpatkan Majalah Solusi Edisi Bulan Ramadhan ini. Dan jangan lupa juga untuk mendapatkan Majalah
        Gen-Q yang bertajuk 'Antara Cinta dan Cita-Cita'.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah
Mujahadah Itu Pahit, Kerana Manisnya Syurga Itu.