Alhamdulillah, Dia yang telah memakbulkan doaku ini. Alhamdulillah aku dapat menyambut satu ramadhan dengan penuh bahagia sekali. Dan hingga saat ini aku masih dapat meneruskan ramadhanku. Moga aku dan kamu semua terus mendapat zukk ramadhan ini. Aminn..
Usai aku solat terawih semalam, aku duduk di satu tempat untuk aku meneruskan pembacaan kalamNya. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kecil yang lari termengah-mengah sambil berkata.. "Akak.. Dia kacau saya.. " . Aku termangu seketika. Tidak tahu untuk membalas apa. Lantas yang terluncur dari mulutku.. "Ohh.. iye? Kenapa dia kacau adik.. " . Dan selepas aku melayannya sempat aku selitkan sedikit nasihat. "Adik, janganlah lari-lari ye. Ni masjid.. Orang nak solat. Tak baik tau.. Meh duduk dengan akak kat sini " . Terus dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Hanya beberapa minit sahaja dia bertahan dengan nasihatku, tidak lama kemudian dia terus berlari bersama dengan rakannya yang lain. Anehnya, lepas penat berlari, dia masih menjadikan aku sebagai tempat persinggahannya.
Itulah kanak-kanak. Yang aku kira banyak 'short term memory' nya. Aku juga pernah menjadi seperti itu. Konklusi dari pengalamanku ini, aku cuma berharap ibu bapa lebih peka dalam mengawasi anak-anak mereka Sewaktu aku memberi nasihat semalam, takut-takut juga kalau-kalau dia mengadu pada ibu bapanya. Yelah, masing-masing berbeza cara didikannya. Dalam umur yang sebegini, orang tua lah yang memainkan peranan penting dalam mendidik ana-anak mereka. Teringat satu teguran secara tidak langsung yang aku dengar dari masjid berdekatan dengan jamiahku. "Anak-anak ni kita kena jaga.. tegur. Walaupun dibawa ke masjid bukan alasan untuk membebaskan anak-anak. Memang kita nak mendidik anak untuk pergi ke masjid, tapi didik dengan cara yang betul. Tegur mereka!" .
Kalau nak berbahas soal didikan ini aku kira terlalu panjang. Dan aku berharap suatu ketika bila aku sudah menjadi ibu kelak, aku bukan sebahagian dari yang itu. Mendidik dan menegur itu perlu.
P/S : Dpatkan Majalah Solusi Edisi Bulan Ramadhan ini. Dan jangan lupa juga untuk mendapatkan Majalah
Gen-Q yang bertajuk 'Antara Cinta dan Cita-Cita'.

Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah
moga terus istiqamah :)
ReplyDeleteseronoknya bila momentum ramadhan berterusan, berjangkit pula ke bulan lain.
Haha. Ingatkan siapa the seeker ni. Rupanya dah berwajah lain. InsyaAllah. Doakan supaya yang pahit itu akhirnya menjadi manis. ;)
ReplyDelete