Usai solat, aku duduk berteleku di atas sejadahku sambil bermuhasabah diri hingga mengalir air mataku.. Betapa banyaknya nikmat yang Dia kurniakan untukku tanpa aku sedari. Aku bukan sahaja dapat menyambut satu ramadhan tapi hampir hingga ke 10 ramadhan aku masih dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang muslimah. Dan pagi ini juga aku digerakkan. Bersyukur juga kerana ada sahabat yang ingin menggerakkan aku. Terharu.
Sedih rasanya bila memikirkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ramadhan akan melabuhkan tirai. Rasanya baru semalam 'dia' datang kepadaku. Rasa bahagia itu sudah pasti. Perasaan aneh yang sukar ditafsir itu hadir dalam diri. Tapi aku harus belajar menerima. Setiap yang datang itu pasti akan pergi, setiap yang baru itu pasti akan binasa dan setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan.
p/s : Dua hari lepas, aku berpeluang mendengar ceramah secara life yang disampaikan oleh Ustazah Nor
Bahyah. Cantik susunan kata. Menjadi halwa telinga diriku.
Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah
No comments:
Post a Comment