Satu contoh; Ilmu Sorf Sorf ni boleh diibaratkan ilmu matematik juga tau. Dan mungkin juga boleh dianggap subject additional mathematic.. subject yang dianggap killer. Tapi tu mungkin untuk sub topic yang agak advanced sedikit. Sama dari segi pertukaran dan pergantian. Ada kalimah-kalimah yang perlu diganti dan ditukar seperti x dan y.
Bila aku mendalami sedikit demi sedikit ilmu bahasa arab, aku dapat merasai kehebatan bahasa arab tu sendiri. Unik dan menarik.Unik dari segi persamaan; ilmu Sorf boleh diibaratkan seperti matematik, manakala ilmu arudh qafiah boleh diibaratkan seperti belajar muzik. Menarik pula kerana bahasa yang sudah lama bertapak di bumi dan diguna pakai para anbiya' . Dan bila kita sendiri belajar bahasa arab, bila baca quran sedikit sebanyak kita dapat faham maksud ayat-ayat yang nak disampaikan.
Tapi, risikonya tak kurang hebat. Sejak ambil course ni, rasa macam dah jadi kaunter pertanyaan. Segala macam pasal bahasa arab tanya kat diri aku. Bukan apa, rasa ilmu tu belum cukup tinggi. Senipis kulit bawang je. Kadang-kadang soalan bab-bab agama pun ramai tanya. InsyaAllah, selagi mana aku mampu, aku akan tolong.
- Post yang memujuk hati. Kadang-kadang rasa confused dengan pilihan sendiri. Tapi, percayalah dengan
janji Dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Berdoa dan bertawakal, itulah yang terbaik. InsyaAllah.
Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah
"rasa macam kaunter pertanyaan"
ReplyDeletehaha.
itu sudah advance. xpayah cari mad'u. mereka yg mencari kita.
Seriously macam kaunter pertanyaan. Ye! Itulah harga yang ana perlu bayar untuk bidang yang ana ambil ni, kan?
ReplyDelete