Thursday, December 8, 2011

Pengalaman Yang Mematangkan Diri.

Rasanya dah terlalu panjang tempoh aku tidak meninggalkan jejak penulisanku ini. Mungkin sedikit sebanyak memberi kesan the way of my writing. Banyak perkara yang ingin aku kongsi. Tapi tak tahu mana satu yang perlu dimulakan setelah sekian lama menyepi.


Hampir dua bulan aku cuti. Tapi sungguh, aku dapat merasai aku tidak memanfaatkan cutiku dengan sepenuhnya. Pada mulanya,aku bercadang untuk mencari pengalaman dengan bekerja. Tapi, mencari pekerjaan bukan semudah yang aku fikirkan. Banyak yang perlu ditempuhi. Tapi,bagi aku itu satu pengalaman untuk aku. Pengalaman membuat resume, pengalaman diinterview dan juga pengalaman tidak diterima. Hehe. Pengalaman yang aku kira mematangkan diriku ini yang kadangkala dilanda pemikiran seperti kanak-kanak.



Tapi, bukanlah langsung aku tidak memanfaatkan cutiku ini. Aku belajar cara berbisnes online dengan abangku dan membantu kakakku menaip arab di samping meningkatkan kemahiran aku menaip dalam tulisan jawi. Dan aku kira itu juga pengalaman bermakna bagiku.



Banyak lagi yang ingin aku coretkan. Tapi, fikiranku tidak tertumpu di lamanku ini. Banyak perkara yang aku fikirkan hari ni. Astaghfirullah. Fikiran sering bercelaru sejak akhir-akhir ini. Mungkin dosa yang semakin bertambah. Nauzubillah.






Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Tuesday, October 18, 2011

Harapan Menjadi Kenyataan.

Fuhh... Fuhh... Dah berhabuk rasanya lamanku ini. Hehe. Lama rasanya tak update blog aku ni. Ada la dalam sebulan kot. Maaf ye readers (mcm ramai sangat je) .. Hari ni aku just nak share satu benda. Untuk perkara yang dah lepas-lepas aku akan ceritakan kemudian.

By the way, hari ini aku rasa senang sangat. Rasanya apa yang aku harapkan sejak aku start cuti ni dah tercapai. And bukan cuti yang ni je.. Cuti-cuti sebelum ni pon aku mengharap benda yang sama. Dan kali ini, aku dapat tunaikan. Alhamdulillah. Harapan aku untuk menyediakan sarapan untuk parents. Bukan aku langsung tak pernah buat. Tapi sebelum ni, aku hanya sediakan roti bakar. And paling-paling aku goreng frozen food yang dah tersedia. Kali ini aku nak masak sesuatu yang berat.

Nampak macam mudah kan? Tapi bagi aku, agak tough. Firstly, aku bukannya dalam kalangan yang pandai masak and secondly, aku agak susah untuk bangun pagi. Perkara tu adalah cabaran untuk diri aku. Dan aku melepasi cabaran itu pada akhirnya.


Konklusinya, hari ini aku dah mulakan hari aku dengan penuh bahagia. 



Bahagiakan orang lain, hati kita pasti bahagia. 


Dah pernah ada smiley ni dalam post yang lepas. 
Tapi rasa nak letak jugak. Menggambarkan rasa senang hati. 





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Saturday, August 20, 2011

Dua Nikmat Itu

Alhamdulillah... Hari ini rasa segar sekali. Berbeza dengan hari-hari lain. Baru hari ini aku dapat bangun malam. Kesal sangat dalam hati semalam aku tak terjaga. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya. Pagi tadi dalam pukul 3 lebih aku terjaga. Seingat aku alarm setting dalam pukul 4.30 pagi. Tapi, alhamdulillah. Aku digerakkan kerana Dia. Dia yang selalu menjaga diriku. Aku bersyukur sangat-sangat.


Usai solat, aku duduk berteleku di atas sejadahku sambil bermuhasabah diri hingga mengalir air mataku.. Betapa banyaknya nikmat yang Dia kurniakan untukku tanpa aku sedari. Aku bukan sahaja dapat menyambut satu ramadhan tapi hampir hingga ke 10 ramadhan aku masih dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang muslimah. Dan pagi ini juga aku digerakkan. Bersyukur juga kerana ada sahabat yang ingin menggerakkan aku. Terharu.


Sedih rasanya bila memikirkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ramadhan akan melabuhkan tirai. Rasanya baru semalam 'dia' datang kepadaku. Rasa bahagia itu sudah pasti. Perasaan aneh yang sukar ditafsir itu hadir dalam diri.  Tapi aku harus belajar menerima. Setiap yang datang itu pasti akan pergi, setiap yang baru itu pasti akan binasa dan setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan.



p/s : Dua hari lepas, aku berpeluang mendengar ceramah secara life yang disampaikan oleh Ustazah Nor
       Bahyah. Cantik susunan kata. Menjadi halwa telinga diriku.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Night of Qadr



Mafhum :


Verily, We have sent it down in the Night of Al-Qadr


And what will make you know what the Night of Al-Qadr is?



The Night of Al-Qadr is better than a thousand months.


Therein descend the angels and the Ruh by their Lord's permission with every matter.


There is peace until the appearance of dawn.   


( 1-5 : سورة القدر )

Friday, August 12, 2011

Al- Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali berkata dalam Lata'if al-Ma'arif : Seorang mukmin menghadapi dua jihad pada bulan Ramadhan. Jihad puasa di siang hari dan jihad qiyam (solat dan baca quran) di malam hari.


Jom kita bersedia untuk berjihad!

Bahasa Syurga

Memandangkan aku pelajar yang mengambil jurusan bahasa, terdetik dalam hatiku untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku ada. Sharing is caring kan?


Satu contoh; Ilmu Sorf Sorf ni boleh diibaratkan ilmu matematik juga tau. Dan mungkin juga boleh dianggap subject additional mathematic.. subject yang dianggap killer.  Tapi tu mungkin untuk sub topic yang agak advanced sedikit. Sama dari segi pertukaran dan pergantian. Ada kalimah-kalimah yang perlu diganti dan ditukar seperti x dan y.


Bila aku mendalami sedikit demi sedikit ilmu bahasa arab, aku dapat merasai kehebatan bahasa arab tu sendiri. Unik dan menarik.Unik dari segi persamaan; ilmu Sorf boleh diibaratkan seperti matematik, manakala ilmu arudh qafiah boleh diibaratkan seperti belajar muzik. Menarik pula kerana bahasa yang sudah lama bertapak di bumi dan diguna pakai para anbiya' . Dan bila kita sendiri belajar bahasa arab, bila baca quran sedikit sebanyak kita dapat faham maksud ayat-ayat yang nak disampaikan.


Tapi, risikonya tak kurang hebat. Sejak ambil course ni, rasa macam dah jadi kaunter pertanyaan. Segala macam pasal bahasa arab tanya kat diri aku. Bukan apa, rasa ilmu tu belum cukup tinggi. Senipis kulit bawang je. Kadang-kadang soalan bab-bab agama pun ramai tanya. InsyaAllah, selagi mana aku mampu, aku akan tolong.



- Post yang memujuk hati. Kadang-kadang rasa confused dengan pilihan sendiri. Tapi, percayalah dengan
   janji Dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Berdoa dan bertawakal, itulah yang terbaik. InsyaAllah.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah
أُعدّتْ الرّاحةُ الكبرى لِمَنْ تَعِبَ

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Kali Ini!

Bahagia rasanya akan kehadiran bulan ini. Bulan yang penuh barakah,mawaddah dan rahmah. Bagi aku, setiap tahun perasaan itu berbeza sekali. Untuk ramadhan kali ini aku persiapkan diriku dengan pelbagai senjata. Senjata yang aku kira insyaAllah mampu untuk aku bertempur di medan perang nanti, insyaAllah. Senjata yang aku maksudkan adalah quran, buku-buku, dan bahan-bahan internet.


Alhamdulillah, Dia yang telah memakbulkan doaku ini. Alhamdulillah aku dapat menyambut satu ramadhan dengan penuh bahagia sekali. Dan hingga saat ini aku masih dapat meneruskan ramadhanku. Moga aku dan kamu semua terus mendapat zukk ramadhan ini. Aminn..


Usai aku solat terawih semalam, aku duduk di satu tempat untuk aku meneruskan pembacaan kalamNya. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kecil yang lari termengah-mengah sambil berkata..  "Akak.. Dia kacau saya.. " . Aku termangu seketika. Tidak tahu untuk membalas apa. Lantas yang terluncur dari mulutku.. "Ohh.. iye? Kenapa dia kacau adik.. " . Dan selepas aku melayannya sempat aku selitkan sedikit nasihat. "Adik, janganlah lari-lari ye. Ni masjid.. Orang nak solat. Tak baik tau.. Meh duduk dengan akak kat sini " . Terus dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Hanya beberapa minit sahaja dia bertahan dengan nasihatku, tidak lama kemudian dia terus berlari bersama dengan rakannya yang lain. Anehnya, lepas penat berlari, dia masih menjadikan aku sebagai tempat persinggahannya.


Itulah kanak-kanak. Yang aku kira banyak 'short term memory' nya. Aku juga pernah menjadi seperti itu. Konklusi dari pengalamanku ini, aku cuma berharap ibu bapa lebih peka dalam mengawasi anak-anak mereka Sewaktu aku memberi nasihat semalam, takut-takut juga kalau-kalau dia mengadu pada ibu bapanya. Yelah, masing-masing berbeza cara didikannya. Dalam umur yang sebegini, orang tua lah yang memainkan peranan penting dalam mendidik ana-anak mereka. Teringat satu teguran secara tidak langsung yang aku dengar dari masjid berdekatan dengan jamiahku. "Anak-anak ni kita kena jaga.. tegur. Walaupun dibawa ke masjid bukan alasan untuk membebaskan anak-anak. Memang kita nak mendidik anak untuk pergi ke masjid, tapi didik dengan cara yang betul. Tegur mereka!" .


Kalau nak berbahas soal didikan ini aku kira terlalu panjang. Dan aku berharap suatu ketika bila aku sudah menjadi ibu kelak, aku bukan sebahagian dari yang itu. Mendidik dan menegur itu perlu.



P/S : Dpatkan Majalah Solusi Edisi Bulan Ramadhan ini. Dan jangan lupa juga untuk mendapatkan Majalah
        Gen-Q yang bertajuk 'Antara Cinta dan Cita-Cita'.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah
Mujahadah Itu Pahit, Kerana Manisnya Syurga Itu.

Sunday, July 31, 2011

Hadirnya Dinanti

Rasanya sudah lama tidak kutinggalkan jejak di lamanku ini. Bukan aku sudah tidak minat.. tetapi kesalahan diriku sendiri yang tidak pandai membahagikan waktuku ini. Sibuk dengan pelbagai assignment dan urusan-urusan duniawiku. Dan alhamdulillah... peperiksaan pertengahan semester aku sudah pun tamat. Since masuk core course ni, aku baru merasai betapa mahalnya harga segulung ijazah yang bakal aku genggam kelak.


Hari ini, berlabuhla tirai bulan syaaban dan bulan ramadhan berkunjung tiba. Aku berharap sangat aku dapat menyambut satu ramadhan kali ini. Entah mengapa aku terlalu sensitif kali ini. Sedih bila ada yang mengatakan aku tidak dapat menyambutnya. Ye... aku tahu itu adalah ketentuanNya.. tapi, aku hanya mengharapkan doa dari kalian semua sahaja. Doa!




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Thursday, July 7, 2011

أَحْسِنْ ألى الناس فاستَعْبِدْ قُلُوبهُمْ

Story to Share

Salam bertemu kembali. Lama rasanya aku tak meninggalkan jejak aku di sini. Rindu rasanya. Ye.. Sem baru ni mengajar aku tentang banyak perihal dan perkara. Dan sem ni juga aku lebih banyak terdedah dengan cerita-cerita manusia di sekeliling aku.


Bercerita tentang pengalaman orang ni, aku teringat satu kisah dalam kelasku. Masa dalam kelas, lecturer aku bual-bual dengan beberapa orang pelajar. Entah macam mana boleh termasuk bab tanya sorang student ni. Dia yang asalnya dari sekolah biasa, thats mean bukan sekolah agama and bukan aliran agama tapi boleh terjerumus ke bidang ni. Hanya belajar bahasa arab dalam tempoh setahun je. Dan daripada beberapa sumber mengatakan bukan calang-calang orang juga kot. Sebab boleh exit english. Salute juga la.


Dalam masa yang sama, aku sempat berfikir pelajar ni sanggup untuk ambil course ni. Kadang-kadang aku sendiri yang dah lama belajar bahasa arab ni pun terasa berat untuk mengambil bidang ni. Kadang-kadang terdetik juga betul ke langkah masa depan aku ni. Tapi bila kisah ni tersingkap depan pandangan aku, sedikit sebanyak menjadi pendorong untuk diriku.


Semoga dia, rakan-rakan dan aku terus tabah untuk meneruskan jihad kami. Doakan kami.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Friday, June 3, 2011

Formula Solat Sempurna

Teringin nak solat sempurna? Seperti solatnya rasul. Saranan aku untuk panduan yang berguna dan kelas gitu adalah buku Formula Solat Sempurna yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Aku tak adalah khatamkan dari kulit ke kulit dan menghadamkan setiap patah kata yang termaktub dalam buku itu.. Tapi, bagi aku buku tu sangatlah bagus. Mudah difahami untuk dipraktikkan.


Buku Formula Solat Sempurna : Ust Zaharuddin Abd. Rahman


Tertarik dengan satu bab dalam buku ni yang aku kira menarik untuk dikongsikan bersama. Meletakkan penghadang di hadapan orang solat. Bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang bersolat supaya lebih khusyuk serta membezakan orang yang bersolat dengan orang yang di luar solat supaya tidak diganggu dengan unsur luar.


Dalilnya :

Sabda Nabi s.a.w ;

Mafhumnya.. "Apabila seseorang kamu ingin bersolat, maka hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Jika tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapanmu".


Konklusi : Meletakkan penghadang ini adalah salah satu sunah nabi dan wajar untuk diikuti oleh umatnya walaupun tidak sampai tahap wajib menurut sebahagian ulama'.


Ayuh kita sempurnakan solat seperti Rasulullah!



Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Wednesday, June 1, 2011

Belum Bersedia



وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ    

 An- Nuur : 31
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan  pandangannya”.

Terfikir untuk post pasal ni sebab kadang-kadang orang pelik tengok aku. Ye.. macam dalam post yang lepas. Ramai yang cakap aku ni terlalu syadid. Syadid di mana aku tak pasti.  



Aku bukan anti atau takut. Cuma belum bersedia. Untuk berkomunikasi dengan mereka yang berlainan jantina. Ye! Benda tu memang memerlukan masa. Dulu aku selalu ragu dengan prinsip aku. Mungkin salah diri sendiri dan mungkin juga disebabkan persekitaran. Sejak sekolah menengah dulu aku memang cuba menjaga perkara-perkara begini sehingga ada beberapa junior yang datang dan bertanyakan satu soalan. Nafsu dan perasaan. Adakah aku langsung tidak punya perasaan terhadap mereka itu? Jawapan yang mudah. Itukan fitrah. Semua pun mesti ada macam mana syadid sekali pun. Cuma kena pandai kawal.


Dan bila menjejakkan kaki di universiti, agak terkejut. Tapi still bersyukur sebab masih ada lagi biah yang solehah. Teringat satu talk yang pernah aku hadiri tentang ikhtilat. Mungkin aku pernah bicarakan di post yang lepas. Pesan kakak tu. Ikhtilat ni mudah je. Kalau kita rasa kita dah mampu nak jaga hati just go on dengan pergaulan kita yang sedia ada tapi kalau  tak senang hati dan tak mampu lagi baik berjaga-jaga. For sure, ramai yang masih belum lagi mampu kan?


Bukan aku tak pernah cuba. Tapi ternyata aku masih belum punya kekuatan lagi. Bila ada yang bertanyakan khabar, hatiku rasa lemah. Rasa macam ada sesuatu kesalahan yang aku lakukan. Alhamdulillah. Dia masih sayangkan aku. Aku masih dijaga seperti itu. Bukan anti atau takut. Cuma masih dikuarantinkan semua itu. InsyaAllah, tiba satu saat aku akan berhadapan dengan mereka semua. Sampai satu masa kekuatan aku telah tiba. Doakan aku.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Tuesday, May 31, 2011

Benarkah Teori Bila Kata Harga Tak Naik, Maknanya Akan Naik?

Ramai orang kata, bila pemerintah sekarang kata atau berjanji harga tak naik.. Maknanya ia akan naik harga. Kita uji sejauh mana benar atau tidaknya teori ini dengan janji pak menteri tak mahu menaikkan harga RON95. Kita tunggu dan lihat, naik atau tidak?



Siakap senohong gelama ikan duri * Bercakap bohong lama-lama jadi menteri


Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG


PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama. [BERNAMA]

Sumber : Al-Ahkam.net


walaupun tak ada lesen lagi tapi aku masih memahami hati pemandu-pemandu di luar sana. Dan aku sendiri sebagai rakyat dan pengguna yang masih berakal terasa diperguna serta diperkotak-katikkan. Anda sendiri bagaimana?


Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Sunday, May 29, 2011

Ujian Ahli Syurga


“Maksud Hadis Nabi SAW: “Setelah seseorang itu tercatat namanya di Syurga dan dia tidak berupaya mencapainya melalui ibadah, maka Allah SWT mendatangkan ujian yang dengannya dia bersabar maka kekallah namanya sebagai ahli Syurga.” (HR At Tabrani)


InsyaAllah. Aminn...

Pertunangan Menurut Islam.


                               “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”

(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Itulah ingatan rasul terhadap semua umatnya. Macam mana boleh terfikir nak post benda ni? Belum. Masaku belum tiba lagi. Cuma.. tadi saja mencari hukum tentang pertunangan dari segala sudut sambil membantu menjawab persoalan seseorang. Dan.. aku terkejut juga. Rupanya pertunangan ni tidak perlu dihebahkan. Ohh. Terasa kejahilan melandai diriku. Banyak lagi ilmu Dia yang belum aku terokai.


Mungkin ada di antara kita yang berfikir masih terlalu muda untuk kita berfikiran jauh sehingga ini. Tapi, percayalah. Perkara ini perlu diberi ruang dalam kotak pemikiran kita untuk difikirkan. Untuk masa depan. Tapi,ruangan sampingan mungkin. Ada perkara besar lagi yang perlu difikirkan. Perjuangan Islam.




p/s : Teringat kata seorang kawan sekolah zaman dulu. Kita sepatutnya perlu fikir sepuluh tahun sebelum   kita mendirikan baitul muslim tentang segala sudut kekeluargaan.






Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Minggu Ini.

Minggu ni rasa macam agak sibuk. Ahad lepas ikut balik gombak. Ye. Tu memang termasuk aktiviti cuti sem. Banyak manfaatnya. Kalau kat sana, lebih serius untuk menghadap buku-buku. Dan aku sendiri dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kat sana sebelum aku menjejakkan kaki ke sana. Kalau la kan.. Kalau tak pun, aku still dapat timba pengalaman baru kan?


Dan minggu ni juga tahu result masa short sem hari tu. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat walaupun rasa tak ada la gempak sangat-sangat. Tapi still bersyukur. Itu dah yang terbaik untukku. Segala penat lelah tu dah terbayar dengan kemanisan hasilnya. Haha.


Dan minggu ni juga aku cuba untuk perbaiki apa-apa kekurangan di blog aku. Dan antum semua bolehlah memberi komentar andai rasa kurang puas hati dengan sebarang perkara di teratak penulisanku ni seperti bentuk penulisan or anything else la. Komentar anda amatlah dialu-alukan. Kerana itu antara objektif aku memulakan kembali penulisan aku. Dan salah satu komen yang aku terima adalah penulisan ibarat jurnal. Hehe. Aku pun rasa macam tu juga sebenarnya. Ok,insyaAllah aku akan cuba memendekkan supaya tak digelar jurnal lagi.



                                                                                                 Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Thursday, May 19, 2011

Antara Garisan

Pagi tadi aku sempat tengok cerita kat prima. Tajuk 'Antara Garisan' . Actually, pernah tengok sekali tapi tu pon tengok part tengah-tengah. So, astro kan memang siaran ulangan. Tengokla lagi sekali. Bagi aku cerita dia not bad la. Ada la point yang dapat ambil compared to Ria.



Hidup ibarat putaran roda.
Antara mesej yang aku faham dalam cerita ni adalah setiap orang tidak akan sentiasa berada di atas. Kadang-kadang dia boleh duduk tempat paling atas sekali, and kekadang dia boleh duduk tempat yang paling bawah sekali. Macam roda. Lepas hantar parents aku pergi kerja depan gate rumah pagi tadi, aku pun sapu sampah. Saja menghirup angin pagi. Time sapu-sapu tu sampah tu patah balik ke belakang. Tiba-tiba aku terfikir. Macam tu la dosa dan pahala kita. Kadang-kadang kita rasa dah buat pahala tapi tengok-tengok pahal tu terpatah balik dan dosa masih menunggu di hadapan kita tanpa kita sedari. Macam putar belit sangat ayat. Maaf. Baru belajar untuk jadi penulis. Haha.



 Dan satu lagi yang aku perasan dalam cerita ni.. and aku tak pasti benda ni adalah mesej yang nak disampaikan ke or secara tidak sengaja. Dalam cerita ni watak ustaz dan seorang pelajar perempuan ni digambarkan sebagai mereka-mereka yang boleh dikategorikan sebagai syadid. Yang terlalu prejudis dengan orang-orang yang masih belum mendapat hidayah. Akhirnya, mereka sendiri terjerumus dalam lembah kehinaan. Tiba-tiba aku terfikir. Aku akan jadi macam tu ke? Nauzubillah. Bukan aku meminta, cuma terfikir. Sebab kawan selalu tegur, jangan terlalu syadid. Tapi aku rasa biasa je. Aku sama seperti aku yang di sekolah dulu. Mungkin environment dah berubah. Tapi..andai kata memang aku teruk dan syadid tidak mengena tempat, aku mohon tegurlah aku. InsyaAllah aku terima dengan berlapang dada.

Recipe + Motherhood


Hmm, dalam masa yang sama.. Hari ni masanya untuk upgrade cooking skill. Masak nasi ayam! Sempena birthday ibu tercinta. Dan hari ni juga aku melayan mak aku dengan layanan first class la. Hehe. Kalau birthday ayah aku jatuh pada hari cuti, insyaAllah aku akan buat benda yang sama. Keduanya tiada beza bagi aku. Sedihla pula... Yang menariknya, aku masak sendiri tanpa bantuan orang lain. Sendiri! Dan yang kelakarnya, parents aku tak percaya yang aku masak sendiri. Sedap sangat mungkin. Hehe. Ayah bagi 80% .. Bagi aku cukup tinggi kot kalau dibandingkan dengan masakan semalam. Alhamdulillah. Moga aku tak serik untuk terus mencuba. Dan moga komentar yang diberikan memberi aku semangat untuk mengupgrade cooking skill aku. InsyaAllah.



Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Monday, May 16, 2011

Semakin Serius.

Both of them are important.

Gempaknya status. Yeker? Semakin serius untuk apa ni.. Haha. Dah makin matang, of course la semakin serius kan? Actually, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku semakin serius untuk mengambil tahu pasal hal-hal politik. Teringat waktu zaman sekolah dulu, bila kawan berbicara tentang politik, kepalaku automatik akan rasa berpusing 180 darjah. Sebab aku sangat tidak suka dengan politik yang ada di negara ni. Merunsingkan. Memeningkan. Dan macam-macam lagi la.


 Tapi since aku masuk universiti ni, aku agak berminat untuk mengambil tahu. Dan bila parents aku berbicara pasal perkara ni, aku mesti ikut campur. Suprisingly, aku dah boleh baca artikel or berita-berita yang berkaitan dengan politik di negara ni. Mungkin ini yang dikatakan mahasiswa kan. Semangat yang masih menghijau. I'm lovin it. Hehe.


Dan baru tadi, aku bookmark kan laman web berkaitan di laptop aku supaya aku lebih alert dengan masalah yang berlaku. Memang aku tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu permasalahan yang berlaku but at least aku cuba untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan zaman. Doakan aku supaya tidak jemu untuk membaca serta mengambil tahu perkara ini.


~ Bila buat post ni, teringat satu peristiwa yang bagi aku pengalaman buruk untuk aku. Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang ada dalam hatiku. Moga aku tak tersalah dalam membuat pilihan.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Sunday, May 15, 2011

Mat'am Arabi.

Sahara Tent, Putrajaya.
Salam bertemu kembali. Alhamdulillah.. Hari ini aku rasa agak gembira. Diberi kesempatan untuk merasai nikmat Dia. Kakak aku yang sulung belanja kami sekeluarga lunch di Restoran Ar Rawsha area Kuala Lumpur. Memang berminat dengan makanan arab since ambil course bahasa arab. Rasa macam satu kepuasan bila dapat merasai makanan orang arab. Dan aku masih ingat kata-kata lecturer aku. Kalau kita nak pandai bercakap sesuatu bahasa tu kite cuba untuk ikut budaya dia; and of course one of that is their food.


Menu Mr Kabab & Briyani
Dan untuk tahun ni aku start makan di restoran-restoran arab. Kalau makan di rumah tu pernahlah juga. Kakak aku yang kedua ada juga masak makanan arab maghribi macam kuskus, bubur harira and tojin. Dan yang paling aku suka sekali kuskus. Rasa sedap je. Dahla comel. Hehe. Dan bubur harira kureng sikit. Maybe kakak aku belum pakar lagi kot. Hehe. First restoran yang aku pergi area putrajaya. Mr Kabab kalau tak salah. Harga bolehla tahan. Standard jela. Time tu makan Mandy Rice and minum Apple Barbican. Sedap juga. Makanan arab ni yang bestnya dia tak cepat muak. Mungkin nasi dia tak berkanji kot.


And second one makan kat Sahara Tent. Time tu aku dan dua orang kakak aku je yang pergi makan. Kami just order one main dish. Sebab dah agak lewat time tu. Takut makan heavy sangat pening plak. Makan Tashrib and minum jus mangga dia. Tak menghampakan. Tashrib tu roti yang direndam dalam kuah and ada dagiang kambing. Daging dia sangat lembut. Tapi tak berapa suka sebab roti direndam dalam kuah. Rasa agak lembik roti tu. And sempat juga aku rasa teh dengan pudina. Teh dia tak rasa apa-apa pun. Neutral je.

Ar Rawsha.Scene Malam.

And hari ini aku sempat menjejakkan kaki ke Restoran Ar Rawsha. Siap study dulu menu apa yang ada. And mostly resipi dari negara Lubnan. Restoran tu area Kuala Lumpur. Luar dia agak menarik, look like castle. And kakak aku order yang besar punya. Betul-betul besar. Chicken Madgut and Lamb Madgut. Harga dia agak mahal la bagi aku. Tapi at least semua puas hati kan. Ais krim dia pulak mencecah sampai rm15. Abang paling tak puas hati. Dia kata better makan kat Tutti Fruitti. Nak buat macam mana kan? Saja nak merasai.



Menu.

Dan insyaAllah kalau ada kesempatan dan rezeki yang lebih aku pasti akan merasai makanan arab dengan menggunakan duit aku sendiri. Nikmatnya pasti lebih.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Saturday, May 14, 2011

Someone That I Proud

Semangatnya malam ni aku nak update banyak-banyak. Dan kesempatan ini harus aku gunakan dengan sepenuhnya. Rasa macam lately ni aku suka post pasal kehidupan aku. Maaf. Bukan aku nak menjaja cerita pasal kisah hidup aku. Tapi bila aku menulis ni aku cuba untuk relate kisah hidup aku dengan apa manfaat dan hikmah yang aku dapat. Moga penulisan aku ni sedikt sebanyak dapat membantu orang lain. InsyaAllah.


 Actually, nak cerita pasal seseorang. Lepas balik dari alamanda tadi, singgah solat kat surau kat kawasan perumahan bangi. Sementara tunggu ibu dan kakakku selesai solat aku pun duduk kat luar. Then, aku rasa macam ditegur seseorang. Dan seseorang yang tak dikenali. Dia tanya aku daripada mana nak ke mana. Dan aku akui aku memang seorang yang agak peramah especially dengan orang-orang tua. Aku lebih prefer untuk bercakap dengan orang tua sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka bagi aku sangat bermakna. Rasa macam nak take note je setiap apa yang dia cakap. Tapi nanti macam over la pula. Hehe.


Masa dia tegur tu aku pelik la juga. Orang yang tegur aku ni orang mana. Sebab macam tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Aku tak pasti sama ada jawa atau indonesia. Masa berbual baru dia bagitahu yang dia asal dari Surabaya. Ohh. Tapi lama-lama aku semakin faham dengan kata-kata dia. Mungkin sebab aku fokus dan semangat dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut dia kan. Kagum sangat dengan dia. Dengan semangat yang dia ada. Dengan kerendahan hati dia. Dengan ilmu yang dia ada. Dan dalam perbualan aku dengan dia tadi, dia banyak tekankan betapa pentingnya ilmu.


Dan antara kata-kata dia yang aku ingat. Ilmu tu adalah makanan hati. Belajarlah selagi mana kita mampu nak belajar. Actually, dia baru je datang kat bangi. Before this, dia imam dan bilal masjid kat shah alam dan aku sendiri pun tak pasti which masjid. Dan dia juga ada beritahu yang dia dah menetap kat malaysia ni selama 25 tahun. Waa.. satu tempoh masa yang agak panjang bagiku.


Terlalu banyak perkara yang dia kongsikan walaupun hanya beberapa minit aku sempat bertemu dengannya. Dan aku sendiri rasa belum puas untuk mendengar pelbagai lagi kata-kata dan ilmu daripada dia. But alhamdulillah. Today, i really feel it. Rasa semangat yang baru. InsyaAllah.




Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Reunion 5 Siddiq

Fuhh.. penat rasanya. Rasa macam dah lama tak berjalan jauh. Dan hari ni alumni kelas aku sediakan yang terbaik. Agrohunt ( Treasure Hunt + Coconut Bowling ) . Seriously, penat sangat-sangat. Sampai je sana dalam pukul 10. Ingatkan dah jadi orang paling lambat. Tapi, alhamdulillah. Ada orang sudi nak tunggu sampai kedatangan aku dan register bersama-sama. Syukran ye budak kecik. Hehe.


Lepas tu kami pun dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memulakan aktiviti kami. Start agak lambat.. Jadi habisnya pun agak lambat la. At first cuaca mendung and dalam pencarian pun gerimis mula dirasai. Hebatnya kami tetap meneruskan perjalanan kami. Sepanjang reunion ni, aku lebih suka ambil gambar. Kebanyakan kawan aku perasan yang aku suka bergambar since keluar dari sekolah. Correction. Aku memang suka bergambar. Cuma time sekolah dulu tak berapa nak tunjukkan. Tapi kalau dengan family banyak je gambar yang aku ambil.


Dan aktiviti kami berakhir dalam pukul 2.00 petang. Dipendekkan cerita, kami akhirnya menjamu selera di Alamanda je. Tak tahu kenapa. Padahal kat Taman Warisan tu ada je. And lebih murah dan mungkin lebih sedap.


Kesimpulan untuk hari ini, rasa seronok sangat sebab dapat reunite dengan kawan-kawan lama even baru berapa tahun je. Teringat pula azam aku masa sekolah dulu. Tak akan pergi reunion dalam masa terdekat and sekurang-kurangnya dalam 10 tahun. Haha. Tapi tak boleh tahan juga sebab rindukan kawan-kawan. Ana uhibbukum.


Mohon maaf sekiranya aku ada berbuat salah kepada kalian. Moga segala apa yang aku lakukan hari ini mendapat rahmat dan keberkatan Dia.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Friday, May 13, 2011

Starting Hols + Becoming 2nd Year Student

Ohhh.. Lamanya tak update blog. Di atas masalah-masalah tertentu. And at last, it was completely heal. Haha. Macam apa je kan... By the way, tamatlah ceritera short sem aku kali ni. Next sem aku akan jadi pelajar tahun dua. Ala.. matrik je pun kan? Tak kisahla apa pun.


Bila fikir-fikir balik.. Jalan hidup aku kat sini memang cantik. Cantik dan indah untuk diriku. Kenapa? Sejak dari mula aku masuk sini... Dia dah temukan aku dengan semua keindahan. Aku dapat lecturer yang memang agak strict pada mulanya; for the first semester. Mostly his principe against me such as i love to memorize an arabic essay since primary school.. Bila masuk kelas dia, fuhh.. jangan haraplah nak hafal benda alah tu. Try to make it by your own. Dan aku juga selalu kena attack dengan dia. I'm not sure why.. Dan pernah juga kena present kat depan kelas around two hours. TWO HOURS! Lepas beberapa bulan dah jadi student dia, aku selalu jumpa personal and tanya soalan banyak-banyak.  But then, it becoming the wonderful thing. Ingat lagi semua kata-kata dia. Aku sangat-sangat bersyukur dipertemukan dengan pendidik yang macam tu. And alhamdulillah...even i'm now in 3rd semester, he still remember me. Pernah tegur plus buat joke lagi. Tak sangka.. Sebab dalam kelas kan strict je. Hehe.Alhamdulillah.



Dan masa semester pertama juga la aku jumpa dengan pelbagai jenis lapisan manusia. Waa... ayat macam apa je kan. Ada je yang boleh tarik aku ke postive and ada juga yang boleh tarik ke negative. And alhamdulillah too, sejak aku masuk u ni, aku dah tak berapa choosy dalam berkawan. I will befriend with anyone as long as dia perempuan. Haha. Tapi agak susah kot nak mulakan perkenalan dulu. Hmm, kalau bercakap pasal kawan ni.. aku pun tak tahu kenapa.. selalu aku bertukar. Since first sem until now, kawan aku selalu bertukar. Aku mengaku sebab aku jenis memang nak rasa berkawan dengan semua orang. Ye! Dulu memang aku akan berkawan dengan orang yang pada aku baik-baik je semua. But now, i realised it. Zaman remaja kan? Kalau boleh nak cuba semua benda. Kalau boleh aku nak grab pengalaman sebanyak mungkin. Bagi aku, pengalaman yang berharga adalah kita berhadapan dengan orang yang berbeza. Alhamdulillah.




Tutup kisah first semester. Of course la panjangkan. Sebab dari situ hidup aku sebagai pelajar universiti bermula. Kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat. Ada je orang yang success tapi dia tak pernah bahagia. Dia rasa apa yang dia nak selalu tak dapat. Dan aku pula.. Alhamdulillah. Even aku tak adalah success mana tapi alhamdulillah. Aku bahagia sangat dengan keberadaan aku sekarang. Dan bagi aku jalan hidup aku kat sini memang cantik even ada la yang sedihnya. Dia atur kehidupan aku dengan sebegitu cantiknya. Alhamdulillah.



For the second semester pula, aku dipertemukan dengan lecturer yang memang fully speaking arabic. Hmm, semua duk ternganga la juga. First day masuk kelas dia semua muka blur. Bukan setakat nak cakap, nak catch up word yang keluar dari mulut dia pun tak dapat. Tapi at last fahamlah.. Bagi aku benda ni cantik sebab first sem aku dah dipertemukan dengan lecturer yang memang strict dengan nahu dan sorf nya.. and second sem dapat pula lecturer yang memang fasih berbahasa arab. And the last sem for the first year, dapat lecturers yang memang sporting. Sesuai sangatla untuk short sem yang ada sebulan ni. Tak rasa tension pon. Belajar pun enjoy je. Alhamdulillah.



Khulasoh dia, apa yang aku nak sampaikan kat sini... Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang bila kita rasa kita selalu dihujani dengan pelbagai ujian hidup kita akan tertanya-tanya kenapa Dia buat macam ni? Tak cukup ke dengan kebaikan yang kita cuba buat selama ni. Mampu ke kita nak hadapi ujian yang Dia bagi? And the most important one.. It return to me. Dan dia tak akan bagi sesuatu yang kita tak mampu untuk hadapinya. Thats the great thing.



- Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita mesti ada hikmahNya.
- Believe to Him. Semua aturanNya adalah yang terbaik. InsyaAllah.







Bercakap dan berkongsi bukan bermakna aku dah cukup serba serbi. Kerana aku juga manusia biasa; ada yang bertambah dan ada yang berkurang. Dan aku suka dengan kata-kata ni.. 'Jangan dilihat orang yang bercakap tapi lihatlah pada isi apa yang disampaikan' . Moga post kali ini ada manfaatnya walaupun it's more to my life.



Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Friday, April 22, 2011

15 Sebab Turun Bala.

Memandangkn laptop aku masih dikuarantin, aku kena la berhijrah dari laptop ke laptop. Tapi.. hijrah tu baguskan? Memang bagus! Natijahnya.. Hari ni ada something yang aku nak share. Thanks to abang. Banyak juga tazkirah dalam laptop dia. And sejak semalam aku dah minat untuk dengar ceramah online; Ustaz Azhar Idrus. InsyaAllah, i will post about it later. Credit to my brother.



15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:


1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu pemimpin kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu 
tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.





Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Ingredient in the Recipe of Life.

Kehidupankan.. Orang kata hidup ibarat roda. Kadang-kadang kat atas dan kadang-kadang kat bawah. Dan ada jugak yang kata hidup ni ibarat oreo. Pahit di luar tapi manis di dalam. Tapi bagi aku... hidup tu penuh dengan ujian. Suka or duka tu..both of them ujian bagi aku.

Kenapa ntah post kali ni macam sayu je kan. Kadang-kadang pernah juga terfikir kenapa ujian ni tak habis-habis kan.. Sentiasa datang.. Tanpa kita sedar atau di luar sedar. Tanpa kita pinta... Hmm, macam-macam kan.. Tapi, Dia memang maha adil. Timpakan ujian yang kita mampu untuk hadapinya..


Actually, tadi berbual-bual dengan kawan aku tadi. Dia ada masalah pasal kawan. See? Even dah besar panjang pon, masalah pasal kawan-kawan pun still ada lagi? Dulu time sekolah bolehla kan. Teringat lak memang masalah kawan ni la masalah utama aku dulu. Orang sana berebut orang sini berebut la.. Huhu. Dah besar ni,lain pula cite nya.. Terasa sana, terasa sini. Time sekolah dulu,aku akan merajuk dan menjauhkan diri dari mereka-mereka yang aku terasa hati dengan dia. Tapi, sekarang boleh fikir kot. Tak ada la nak merajuk sangat. Tapi,aku akan cuba minta maaf sama ada salah aku atau tak.. Yela,kadang-kadang kita tak sedar kita salah kan... Tapi seriously,lepas minta maaf akan terasa gap dia kot.


Dulu time bergelar pelajar sekolah, pernah juga terfikir macam mana rasanya kalau hidup tanpa kawan kan? Al maklumla.. penat melayan perasaan kawan-kawan ni. Yang sorang ni terasa la, yang sana kata sombong. Dah besar pun still macam tu jugak tapi versi lain sikit kot. Huhu. Tapi,aku percaya semua tu ada hikmahNya. Dan apa yang mampu aku nasihatkan pada kawan aku tu, " Be patient.. everything will be ok ". Yup! Sabar adalah elemen paling penting buat masa ni.



Dan di kesempatan ini.. aku nak minta maaf secara rasmi dan tidak rasmi kepada sesiapa yang aku pernah buat dia terasa hati. Bukan apa, sejak dulu lagi.. aku rasa memang aku ni sentiasa buat orang sakit hati. Sakit hati, menyampah, terasa hati and macam-macam lagi la. Ye, salah aku. Kerana aku tak boleh puaskan hati semua orang. Dan mungkin juga kerana sikap aku yang terlalu sensitif ini. Maafkan aku atas kekhilafan diriku. Jujur, aku memang bukan sahabat yang terbaik. InsyaAllah aku cuba untuk jadi yang terbaik. Terima kasih untuk mereka yang pernah bergelar sahabatku.







Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah

Saturday, April 16, 2011

Kemaafan + Dari Jauh

Semangatnya nak post banyak. Actually,hari ini memang banyak sangat masa yang aku spend untuk tengok blog-blog orang. Suka tengok perjalanan hidup orang lain. Kadang-kadang kalau pergi keluar jalan-jalan, aku suka duduk at one side and perhatikan gelagat-gelagat orang ramai. Opss.. bukan cuci mata ye. Cuma tengok gelagat dan ragam mereka.


Tengok je dah berjam. Lepas tu update aku punya pula dah berapa lama ye. Huhu. Takpe. Aku qada' kan balik. Alamatnya malam ni tidur pukul dua la. Best jugak kan stay up ni eh.


By the way, berkenaan dengan post aku sebelum ni... I strongly agree with that article. Yela.. orang kata, nak berubah tu bukan mudah kan? Perlu dibayar dengan cara mungkin ujian... Tiba-tiba aku terfikir macam mana la kawan aku nanti kan lepas dia bawak perubahan dia tu? Terkejut.. Penerimaan orang.. positif or negatif? Apapun..aku tetap akan sokong dia!


Emm... disebabkan blog aku ni dah rasmi. Aku minta maafla kepada sesiapa yang mungkin aku pernah sakitkan hati dia... or mungkin lukakan hati.. or ada buat dia terasa.. or apa-apa jela yang tak puas hati. Sesungguhnya aku pun manusia yang lemah. Jangan dendam ye. Face to face kalau ada apa-apa. Haha.


p/s : Just ignore my title above. Seriously, tak tahu nak letak title apa. And doakan aku untuk mid term next week. Syukran.  =)











Betulkan aku jika aku salah
Segala yang baik itu datangnya dari Dia, dan segala yang buruk itu datangnya dari diriku yang lemah